Jantung Hati Maksu Pieza

08 Julai 2011

Perkhawinan mizz nina&Noh (hujan)

Dicatat oleh ucupiza di Jumaat, Julai 08, 2011
Reaksi: 

Bersanding di bawah pohon sakura

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TIDAK perlu merentasi lautan beribu batu untuk terbang ke Jepun, suasana tingkat 10 Hotel Doubletree Kuala Lumpur, malam kelmarin yang dipenuhi pepohon bunga sakura, cukup membuat tetamu seolah-olah bercanda di taman indah sekitar bandar Tokyo.
Pilihan tema perkahwinan yang memperkenankan budaya Negara Matahari Terbit itu adalah hasil kesepakatan pasangan mempelai yang baru lapan hari mendirikan rumah tangga. Ia disempurnakan perunding majlis perkahwinan, Fabors By Eddy untuk merealisasikan impian mempelai.
Siapa lagi kalau bukan pasangan selebriti paling ‘hot’ ketika ini, Noh Salleh, 27, (Noh Hujan) dan Shazrina Azman, 31, (Mizz Nina) yang diijabkabulkan pada 1 Julai lalu dalam majlis tertutup di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang.

Lebih daripada sebuah kesepakatan, simbolik di sebalik perkongsian cita rasa ini menjelaskan betapa Noh dan Nina serasi dalam banyak perkara sehingga membawa hubungan percintaan mereka melangkah ke gerbang perkahwinan.


Tidak hanya terbabit dalam bidang yang sama serta menjunjung tinggi muzik, pasangan yang mengagumi budaya Jepun juga penggemar makanan sushi ini, ditakdirkan bertemu sebagai pelengkap kelebihan dan kekurangan masing-masing mendorong diri menjadi orang yang lebih baik.
Click Here

Ketulusan cinta mereka dipertontonkan dengan jelas menerusi klip video terbitan Manggis Production Sdn Bhd yang menggamit ratusan tetamu yang hadir.

Barangkali, ramai yang memandang Noh sebagai insan bertuah di muka bumi ini kerana memiliki hati Nina yang bukan saja cantik dan terkenal tetapi juga datang daripada keluarga cukup berada serta berpengaruh.

Namun, ketika soalan ini diajukan kepada Noh yang mengakui dia sangat bertuah, Nina memintas dengan kenyataan yang sama.

“Saya juga bertuah kerana memiliki Noh. Kebendaan bagi saya tidak penting. Apa yang penting adalah hati murni seorang manusia yang saya kira kualiti paling sukar dicari.

“Noh adalah seorang yang amat merendah diri, penyayang dan menyenang�kan. Dia selalu buat saya tersenyum dan ketawa.

Kita berdua daripada aliran yang sama dan dia memahami kerja saya. Dialah orang yang saya boleh kongsikan apa saja dan mahu menghabiskan sisa hidup bersamanya,” katanya.

Noh berkata, sehingga kini dia masih tidak percaya sudah mengahwini wanita dicintainya itu.

“Saya selalu beranggapan, bahawa mungkin sedang bermimpi kerana selalu saya berasa tidak layak berdampingan dengannya walaupun tahu Nina tidak memandang semua itu dan menerima diri saya seadanya.

“Sudah tiga majlis diadakan, tapi saya masih tidak percaya. Bagaimanapun, syukur akhirnya kami disatukan sebagai suami isteri yang sah dan Nina akan menjaga dan membahagiakan seumur hidup saya,” katanya.

Mengimbas kembali detik indah majlis pernikahan mereka, pasangan itu dinikahkan sendiri bapa Nina, Tan Sri Azman Hashim pada Jumaat, kira-kira jam 10.20 malam. Bapa Noh, Salleh Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia Sdn Bhd, Datuk Adnan Alias bertindak sebagai saksi majlis pernikahan itu.

Sebelum majlis resepsi di Double Tree Hilton, diadakan khas untuk teman rapat, rakan industri dan rakan media Rabu lalu, pasangan ini terlebih dulu terbabit dalam satu resepsi di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada 3 Julai khusus untuk kaum keluarga terdekat serta golongan kenamaan.

Beralih topik destinasi berbulan madu di United Kingdom (UK), Rome dan Maldives dua hari selepas usai majlis resepsi sebelah pihak lelaki di Miri, Sarawak pada 15 Julai, destinasi itu ditentukan sendiri oleh Nina.

“Di UK sekarang tengah musim panas dan setiap tahun festival muzik secara besar-besaran diadakan pada musim ini. Justeru, saya merasakan ia desti�nasi paling ideal untuk kami mengisi bulan madu dengan pengalaman yang bermakna kerana kami berdua sukakan muzik.

“Manakala Rome dan Maldives itu adalah destinasi yang saya sendiri mahu kunjungi,” kata Nina kelihatan menawan dengan persalinan pengantin ala kimono rekaan Michael Ong.

Beralih kepada soal perancangan mereka untuk memiliki Zuriat, Noh dan Nina memberikan tempoh dua tahun dari sekarang.

“Banyak perkara yang tergendala sepanjang melakukan persiapan perkahwinan ini misalnya pembikinan album Hujan begitu juga album Nina.

“Justeru, sebaik pulang daripada bulan madu, kami akan berkurung dalam studio menyiapkan album masing-masing. Saya perlu segera bekerja kerana saya tidak boleh pentingkan diri sendiri kerana saya dan Hujan, kami cari rezeki sama-sama,” kata Noh.

Sementara Nina pula berkata, kalau ikutkan mahu mempunyai anak pada 2013 kerana tumpuan utama sekarang selain Noh adalah kerjaya nyanyian.

“Tapi kalau diberi rezeki lebih cepat, saya tetap terima,” kata Nina yang muncul dengan lagu terbarunya kolaborasi bersama Flo Rida, Takeover juga merancang menerbitkan single bahasa Melayu.

Menyingkap perjalanan majlis persandingan bertemakan Jepun itu, ia dimeriahkan dengan persembahan khas daripada Altimet dan Sore, band terkenal diterbangkan dari Indonesia.

Apa yang mengagumkan, Sore yang sudah lama berpecah kembali bersatu di pentas demi Noh dan Nina juga peminat setia kumpulan itu.

Majlis penuh warna itu diserikan lagi dengan kehadiran Datuk Siti Nurhaliza, Sazzy Falak, Datuk Ramli MS, Datuk Yasmin Yusuf, Aizat, Bunkface, Rina Omar (pengacara), Ella dan Afdlin Shauki.

Siti yang hadir bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sempat menitipkan ucapan serta mendoakan semoga perkahwinan Noh dan Nina, kekal hingga ke akhir hayat dan cepat-cepat menimang cahaya mata.

“Selamat menjalani bahtera rumah tangga, semoga melaluinya dengan penuh sabar dan penuh rasa tolak ansur kerana itulah kunci membina keluarga yang bahagia.

“Semoga berjaya kedua-duanya sama ada dalam kehidupan juga karier. Terus-terang Siti amat teruja sewaktu menerima kad undangan daripada mempelai dan keterujaan itu bertambah sebaik melangkah ke ballroom ini.

“Ringkas tetapi sungguh indah hiasan dekorasi terasa seperti berada di Jepun. Pemilihan konsep ini juga membuktikan bahawa budaya boleh menyatukan manusia sejagat,” katanya mengenakan pakaian rekaan Zery Zamry yang di inspirasikan daripada fesyen negara Matahari Terbit itu.

Aizat antara rakan artis yang akrab dengan Noh, mengharapkan perkahwinan pasangan mempelai itu berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Mengenali Noh dia seorang sahabat yang baik, jujur dan pemuzik yang begitu berbakat besar serta tersendiri begitu juga Mizz Nina. Mereka sememangnya pasangan yang ideal.

“Saya berharap sekalipun sudah berkahwin, Noh masih sudi melepak dan berkongsi soal muzik dengan saya dan kawan-kawan lain tambahan pula rumahnya sekarang di Ampang berdekatan rumah saya,” katanya.

Manakala Dimas, pemain keyboard kumpulan Hujan mewakili ahli yang lain mengharapkan yang terbaik buat Noh dan Nina.

“Semasa akad nikah, saya duduk sebelah Noh. Terbayang masa mula-mula mengenalinya enam tahun lalu. Noh yang sekarang ini jauh berbeza dan sangat matang sebagai seorang lelaki.

“Dari matanya saya nampak dia yakin bahawa keputusan ini adalah terbaik. Saya berbangga dengan keputusan Noh dan mengharapkan perkahwinannya ini berkekalan sampai akhir hayat dan kehadiran Nina juga memberi inspirasi dalam menghasilkan karya yang lebih bagus pada masa akan datang,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea