Jantung Hati Maksu Pieza

08 Julai 2011

Perkhawinan tomok..

Dicatat oleh ucupiza di Jumaat, Julai 08, 2011
Reaksi: 
RAKAN DOAKAN TOMOK.
     

MEMILIH konsep adat istiadat perkahwinan Jawa, majlis persandingan juara One In A Million musim ke-3, Tomok dan pasangannya yang berlangsung di Restoran Saloma Bistro, Jalan Ampang, di sini, malam kelmarin disemarakkan dengan kehadiran barisan artis popular tanah air.
Antaranya, pelakon Fasha Sandha, Yuna, Ana Rafali, Linda Onn, Farah Asykin, Shila Amzah, Ifa Raziah, Intan Ladyana, Tam, Edry KRU dan isteri.
Barisan artis yang menghiburkan tetamu pada malam itu ialah Akim AF, Stacy AF, Jaclyn Victor, Black, kakaknya, Isma AF dan abang iparnya manakala pengacara, Aidil Abd Ghafar memeriahkan lagi majlis de–ngan celotehnya.

Majlis resepsi itu dimulakan dengan bacaan selawat serta persembahan tarian Jawa selaras dengan konsep majlis. Pasangan pengantin diarak ke pelamin dihias indah untuk acara merenjis oleh kedua-dua ibu bapa sebelum acara makan beradap. Selepas itu, acara kemuncak iaitu memotong kek perkahwinan.


Sebelum acara memotong kek perkahwinan, Tomok yang tampan dengan baju pengantin lelaki Jawa turut menyampaikan lagu yang dicipta khusus buat Ayu berjudul Bagaikan Bidadari pada malam itu.

Ini juga majlis ketiga vokalis kumpulan New Boyz atau pemilik nama sebenar, Shah Indrawan Ismail, 27, dan isteri, Siti Rahayu Abbas (Ayu) yang bertugas sebagai pramugari.

Pasangan ini selamat dinikahkan pada 1 Julai, disusuli majlis persandingan sebelah pihak perempuan pada 2 Julai dan majlis persandingan di Saloma Bistro, kelmarin, khusus untuk rakan artis dan pihak media tempatan yang menyokong karier seninya selama ini.

Menyusul selepas itu, majlis resepsi sebelah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras, pada 9 Julai nanti.

Rakan artis yang ditemui meluahkan rasa gembira dapat hadir ke majlis Tomok. Fasha yang tampil jelita dengan kebaya ketat warna merah hati berkata, sebagai rakan artis, dia tidak ingin melepaskan peluang menghadiri hari bersejarah Tomok itu.

“Saya sudah kenal Tomok sejak mula berkecimpung dalam bidang lakonan. Pada masa sama, saya juga mengikuti perkembangan karier seninya sampai sekarang. Pada pandangan saya, Tomok penyanyi yang bagus dan berbakat besar di persada seni tanah air.

“Sebelum ini, saya tidak dapat hadir pada majlis pernikahan Tomok dan persandingan sebelah keluarga Ayu kerana terbabit dengan penggambaran drama Dewa Cinta. Namun, pada 6 Julai, saya ada kelapangan walaupun terbabit dengan penggambaran drama pada sebelah siangnya,” katanya.

Kata Fasha, dia juga berasa terharu kerana Tomok dan Ayu datang sendiri ke salun rambutnya di Wangsa Walk Mall semata-mata untuk menghantar kad undangan perkahwinannya itu. Malah Fasha menerima ikan terubuk masin kerana baru pulang dari Sarawak.

Fasha turut mendoakan Tomok dan isterinya kekal hingga ke akhir hayat serta menyifatkan mereka pasangan sepadan. Katanya, Ayu memang cantik bagaikan bidadari.

Pemilik tauke nasi ayam, My Mom’s Chicken Rice, Linda Onn pula berkata, dia juga sudah mengenali Tomok sebagai rakan artis sejak mula bertugas sebagai penyampai di stesen radio Suria FM.

Tomok juga menghantar sendiri kad undangan perkahwinannya ke restoran Linda dan berbesar hati hadir untuk memeriahkan majlisnya.

“Saya melihat dia penyanyi yang bagus dan perubahan imej barunya itu memang tepat dengan dirinya sekarang. Tapi saya memang tidak tahu hubungan cinta Tomok dengan Ayu. Tomok bijak merahsiakan hubungannya dengan Ayu. Saya pula tidak terkejut apabila dapat tahu dia nak kahwin dengan Ayu kerana sudah mendengar gosip hubungan mereka di Internet.

“Saya cuma terkejut apabila dapat tahu tarikh dia nak kahwin juga sudah dekat. Sebagai kawan, saya juga mendoakan ikatan perkahwinan yang dibina itu berkekalan,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya, Yuna, mengenali Tomok sebagai rakan artis sejak setahun lalu. Katanya, Tomok seorang kawan yang baik, justeru sanggup datang dari Los Angeles, Amerika Syarikat semata-mata untuk menghadiri majlis resepsinya ini.

“Saya juga sempat menghadiri majlis perkahwinan rakan artis yang lain iaitu Mizz Nina dan pasangannya, Noh Hujan,” katanya..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea