Jantung Hati Maksu Pieza

08 Disember 2011

master cheff episod 41

Dicatat oleh ucupiza di Khamis, Disember 08, 2011
Reaksi: 

episod 41


7 Dec 2011 - Sekali lagi MasterChef Malaysia memberikan kejutan apabila untuk kali yang kedua, tiada penyingkiran dilakukan. Semua ahli kumpulan Merah iaitu Danial, Wahidan, Shahriah, Amita, Zuraidah, Zamir dan Deena terselamat dalam Ujian Kemahiran. Kegembiraan terpancar dalam setiap wajah mereka walaupun mereka sudah bersedia menghadapi apa jua keputusan daripada juri.
Ujian Kemahiran kali ini memerlukan setiap ahli kumpulan Merah menyediakan hidangan khas mengikut negeri yang mereka wakili. Danial sebagai ketua pasukan diberi tanggungjawab membahagikan negeri yang disediakan kepada peserta. Deena mendapat negeri Kelantan, Wahidan mendapat Sabah, Shahriah mendapat Johor, Amita mendapat Melaka,
Zuraidah mendapat Sarawak, Zamir mendapat Terengganu dan Danial memilih Negeri Sembilan.
Mereka diberi masa 3 minit sahaja untuk memilih 15 bahan yang diperlukan untuk menyediakan hidangan ini. 45 minit pula diberi untuk menyediakan keseluruhan hidangan untuk cabaran ini. Sebahagian besar peserta mendapat negeri asal mereka hanya Danial dan Zuraidah sahaja yang mendapat negeri yang bukan tempat asal mereka.
Setelah selesai cabaran, giliran juri yang terdiri daripada Chef Zubir dan Chef Johari untuk merasa dan menilai. Hidangan yang mereka sediakan adalah Wahidan dengan
Hinava, Shahriah menyediakan Asam Pedas Tenggiri, Danial memasak Gulai Lemak Cili Padi Ikan Tenggiri, Zamir pertama kali menyediakan Laksam Terengganu, Amita menghidangkan Bebola Nasi Ayam, Deena dengan Nasi Kerabu dengan Ayam Percik "Red Warrior" dan Zuraidah menyediakan Mee Kolok.
Disebabkan kesemua masakan mendapat pujian atas ketepatan tema dan rasa yang lazat untuk setiap hidangan yang disediakan, juri membuat keputusan, semua ahli kumpulan Merah layak untuk terus kekal dalam MasterChef Malaysia, meneruskan cabaran dalam minggu yang akan datang.
Kumpulan Biru yang memenangi Cabaran Sajian Pantas akan mengikuti Kuliah Master bersama Chef Zubir di Laman Grill Steak & Bar-B-Que dan Kumpulan Merah mengikuti Kuliah Master bersama Chef Riz dan Chef Johari di dapur MasterChef Malaysia sebelum cabaran minggu baru bermula.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea