Jantung Hati Maksu Pieza

07 Disember 2011

MASTERCHEFF MALAYSIA

Dicatat oleh ucupiza di Rabu, Disember 07, 2011
Reaksi: 

episod 40


6 Dec 2011 - Cabaran memasak sememangnya seumpama berada di meran perang. Dua kumpulan bersaing sesama sendiri menyediakan hidangan yang bukan hanya sedap dan lazat, malah menyediakan perkhidmatan yang mesra dan disukai. Cabaran Sajian Luar kali ini semamangnya berlaku di tengah-tengah medan peperangan "paintball" di Paintball Valley di Taman Botani Negara.
Pemilihan kumpulan Merah dan Biru kali ini sangat menarik. Danial yang dilantik secara automatik sebagai ketua kumpulan memilih Imelda sebagai ketua kumpulan lawan. Seperti di awal musim, ketua kumpulan memilih ahli-ahlinya secara bergilir-gilir dan diberikan apron kumpulan masing-masing. Tetapi ketua kumpulan tidak diberi apron mereka sehingga anggota terakhir dipilih. Yang menariknya, ketua kumpulan yang memilih ahli menjadi ketua bagi kumpulan lawan, begitu juga sebaliknya.
Kumpulan Biru dianggotai oleh Ary, Azlina, Saiful, Felix, Brian dan Ezani yang dipilih oleh Danial tetapi diketuai oleh Imelda. Kumpulan Merah yang dipilih oleh Imelda iaitu Shahriah, Zuraidah, Zamir, Wahidan, Deena dan Amita diketuai oleh Danial. Walaupun pemilihan dibuat dengan cara yang unik, namun semua peserta sangat berpuas hati dengan ahli kumpulan masing-masing.
Mereka ditugaskan untuk menyediakan hidangan untuk 100 orang dengan tema "barbeque" yang terdiri daripada 5 jenis protien dengan pecahan 1 jenis ayam, 1 jenis daging lembu, 1 jenis daging kambing dan 2 makanan laut. Mereka juga dikehendaki menyediakan 2 jenis pembuka selera, 1 pencuci mulut dan 1 minuman. Masa yang diberikan hanya 1 jam 30 minit sahaja dan ini merupakan masa paling singkat dalam Cabaran Sajian Luar setakat ini.
Penilaian yang dilakukan oleh tetamu kali ini juga berbeza daripada sebelumnya. Kali ini, setiap undian yang dilakukan dapat dilihat oleh semua dengan bilangan nota berwarna yang diletakkan di papan khas bagi setiap kumpulan. Setelah selesai proses pengundian, kumpulan Biru telah dinobatkan sebagai pemenang dalam cabaran ini. Mereka akan mengikuti Kuliah Master bersama Chef Zubir di Laman Grill Steak & bar-B-Que milik Chef Zubir.
Kesemua ahli kumpulan Merah yang telah tewas akan diuji dalam Ujian Kemahiran. Salah seorang daripada mereka mungkin akan disingkirkan. Siapakah yang bakal tersingkir? Saksikan MasterChef Malaysia, Rabu, 9 malam di Astro Ria (104). Menangi hadiah-hadiah menarik setiap minggu dalam Cabaran Online MasterChef 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea