Jantung Hati Maksu Pieza

20 Disember 2011

Mastercheff malaysia

Dicatat oleh ucupiza di Selasa, Disember 20, 2011
Reaksi: 
Pin kebal milik amita


19 Dec 2011 - Usaha Amita memasuki Cabaran Chef Selebriti untuk kali kedua membuahkan hasil apabila beliau memenangi cabaran ini seterusnya menerima Pin Kebal yang sangat diidam-idamkan. Amita berjaya menyediakan hidangan Kepak Ayam Berinti Udang Harimau (Moneypack Bersos) yang sungguh enak sehingga memukau 3 juri yang mengadili masakannya.
Cabaran Chef Selebriti kali ini menjemput pemilik Restoren Chinese Muslim Food Paradise iaitu Chef Yusuf Lau Abdullah sebagai juri jemputan manakala chef yang mencabar Amita kali ini ialah Dato' Chef Ringo Kaw, pengasas Restoren Atmosphere 360, Menara KL. Dalam cabaran ini, Amita dan Chef Ringo menyediakan hidangan yang cukup mencabar iaitu Kepak Ayam Berinti Udang Harimau (Moneypack Bersos). Amita diberi masa 1 jam 15 minit manakala Chef Ringo diberi masa hanya 1 jam.
Dalam menyediakan hidangan ini, kemahiran membuang tulang daripada kepak ayam digunakan. Beberapa kemahiran memasak yang lain juga digunakan dalam menyiapkan hidangan ini. Rakan-rakan yang lain seperti biasa memberikan sokongan kepada Amita dan Chef Ringo.
Setelah penjurian dijalankan oleh Chef Riz, Chef Johari dan Chef Yunus Lau, markah yang diberikan kepada Amita ialah 27 dengan pecahan 9 markah setiap juri. Chef Ringo pula mendapat 21 markah dengan pecahan 7 markah setiap juri. Ini bermaknya Amita telah berjaya memenangi cabaran ini sekaligus menerima Pin Kebal. Tahniah kepada Amita.


Pin Kebal Akhirnya Milik Amita

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea