Jantung Hati Maksu Pieza

19 Disember 2011

Mastercheff

Dicatat oleh ucupiza di Isnin, Disember 19, 2011
Reaksi: 
MAster Cheff


Tiada Pin Kebal Untuk Selamatkan Deena


18 Dec 2011 - Kali ini, tiada Pin Kebal yang dapat menyelamatkan Deena daripada tersingkir. Kesilapan beliau menyediakan hidangan yang kurang menyerlahkan Kupang sebagai bahan utama memerangkap Deena walaupun hidangan yang disediakan cukup lazat. Peserta pertama yang menerima Pin Kebal dalam Cabaran Chef Selebriti ini meninggalkan dapur MasterChef Malaysia buat kali terakhir.
Ujian Sajian Pantas kali ini memerlukan 4 peserta yang tercorot dalam Ujian Cipta Rasa di episod yang lepas iaitu Brian, Deena, Imelda dan Felix menyediakan satu hidangan yang kreatif menggunakan bahan utama yang diberi iaitu Kupang. Mereka juga diminta menamakan hidangan tersebut sekreatif mungkin. 12 bahan sampingan boleh dipilih daripada pantri dan 30 minit diberikan untuk menyempurnakan hidangan ini.
Pusingan penyingkiran ini juga disaksikan dan disokong oleh peserta-peserta lain yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada mereka. Hidangan yang disediakan oleh Brian, Deena, Imelda dan Felix ialah Brian menyediakan Dengan Penuh Kasih Sayang Dari Belgium, Deena memasak Spageti Masak Lemak Kupang Mama, Imelda dengan Kupang Sri Santubong dan Felix dengan Kupang Stir-Fry Masam Pedas.
Secara keseluruhan, setiap hidangan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Namun hidangan yang disediakan oleh Deena kurang menepati tema yang diingini apabila bahan utama iaitu Kupang kurang menyerlah dan nampak seperti spageti yang menjadi bahan utama walaupun hidangan yang disediakan cukup lazat. Deena telah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir dalam pusingan ini.
10 peserta bakal meneruskan cabaran dalam Cabaran Sajian Luar yang bakal bertemu dengan salah satu rancangan realiti terbitan Astro. Sebelum itu, Amita untuk kali kedua bakal berhadapan dengan chef jemputan dalam Cabaran Chef Selebriti. Mampukah Amita mendapat Pin Kebal kali ini

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea