Jantung Hati Maksu Pieza

30 Januari 2012

Anugerah juara Lagu 26-Milik Hafiz-Awan Nano

Dicatat oleh ucupiza di Isnin, Januari 30, 2012
Reaksi: 

alt

BUKIT JALIL 29 Jan. - Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL26) menyaksikan pengumuman Lagu 'Awan Nano' selaku Juara pada tahun ini.
Lagu tersebut yang dipersembahkan oleh Hafiz AF7 telah dicipta oleh gandingan mantap Komposer Dato' M.Nasir selaku penulis lirik dan penggubah lagu Budi Hekayat.
Juara AJL26 telah membawa pulang RM30 Ribu beserta trofi Anugerah.
Hafiz turut menggondol Anugerah bagi Vokal Terbaik mengatasi 12 finalis yang lain.
Susunan lagu dan lirik hasil nukilan Kevin Chin bersama Tinta dengan gandingan persembahan mantap 3 Penyanyi Ning Baizura, Jacklyn Victor dan Shila telah membawa kemenangan Naib Juara bagi AJL pada tahun ini. Manakala Faizal Tahir menerusi lagu Karma mendapat tempat ketiga.
Pemenang Naib Juara dan Tempat Ketiga masing-masing membawa pulang RM15 Ribu dan RM12 Ribu beserta Trofi Anugerah.
Ternyata pujian luar biasa persembahan yang dibawa Alyah tidak sia-sia apabila mendapat kemenangan bagi Anugerah kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu 'Kisah Hati.'
AJL26 pada tahun ini telah kembali mengangkat mertabat lagu berbentuk Balada dan Sentimental setelah sekian lama tidak dipilih akibat kemunculan muzik-muzik genreIndie dan Underground.
Anugerah Juara Lagu ke 26 telah dipancarkan secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam tadi dengan kehadiran ribuan penonton dari seluruh Negara. Ianya turut disiarkan menerusi Stesen Televisyen TV3 selaku penganjur utama.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea