Jantung Hati Maksu Pieza

19 Januari 2012

Drama-Suri Rumah 7Hari

Dicatat oleh ucupiza di Khamis, Januari 19, 2012
Reaksi: 

Pelakon yang membintangi drama SuriRumah 7 hari pada 18 January 2012 di tv9, waktu siaran dari 8.30 malam - 9.30 malam, bukan calang2 orang, ku akui mereka semuanya adalah pelakon yang sangat berpengalaman.. drama ini sangat lucu namun mesej yang jelas di sampaikan pada penonton.. 






Bukan mudah untuk mengubah seorang wanita yang berpewatakkan tomboy. Yatt  atau nama sebenarnya Hayati Hassan(lakonan Yatt Hamzah) terpaksa menjadi suri rumah (tukang gaji) kepada Aman (Fahrin Ahmad) duda yang mempunyai 3 orang anak.. pelbagai kisah lucu yang berlaku walahemah Yatt tidak pandai membuat kerja wanita



Asalnya Yatt seorang anak dara yang diberhentikan kerja kerana kesalahannya hingga menyebabkan 3 bulan beliau menganggur, menyebabkan kereta kesayangannya bernama Sweety perlu ditarik pihak Bank.. Yatt begitu susah hati walhal, beliau mencari kerja lain dimerata tempat. 
Hinggalah Aman menawarkan kerja buat ibu Yatt sebagai tukang gaji kerana Aman terdesak ke luar Negara atas urusan pekerjaan manakala gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM 3,000


Disinilah ibu Yatt mencari idea untuk mengubah anak daranya, Yatt terlalu memegang prinsip tidak mahu berpakaian wanita iaitu baju kurung dan kebaya.
Kerana sayangkan keretanya akan ditarik pihak bank, Yatt setuju melepaskan prinsip yang dipegangnya, disinilah ragam dan pelbagai pekara lucu yang mencuit hatiku.. Yatt terpaksa melakukan kerja2 rumah selama 7 hari…  


Pertama kali memasak, Ruang dapur ala2 ruang berperang.. aku gelak tak ingat dunia

Yatt kena minta tolong ibunya masak lauk dirumahnya, sebab yatt terlambat menguruskan Daniel yang buang air besar.. hahahhaha (siap terjengket2 bawa pampers ke tong sampah)

 
Sarapan pagi mereka roti kosong, depa semua pakat tamo makan.. makan lah... makanlah... Damia geleng2.. Yatt pujuk tak henti2, hehehe
 


Melayan 3 anak Aman termasuk lakonan Adik Maisarah (Danishah), Damia dan Daniel memang menguji kesabaran Yatt, namun ku suka dengan semangat Yatt yang berusaha mengawal kata hati amarahnya kepada kanak2 tersebut..
Hinggalah mereka rapat dengan Yatt yang sentiasa mengambil berat antara 1 sama lain




Akhirnya, bila 7 hari berlalu, Yatt merindui saat bersama anak2 Aman.. Aman semakin jatuh cinta kepada yatt, dan melamar Yatt menjadi suri kepadanya, Ibu kepada anak2nya..


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea