Jantung Hati Maksu Pieza

17 Januari 2012

Resepi sambal bali..dicabar ok

Dicatat oleh ucupiza di Selasa, Januari 17, 2012
Reaksi: 



Jika mahu daging cepat empuk, anda boleh memerapnya lebih daripada sejam.


:: SAMBAL BALI ::


Bahan-bahan:500gm daging - dipotong kecil
3 batang serai
5 helai daun limau purut
500gm bawang merah
120gm cili kering
5cm halia
5cm lengkuas
250ml kicap manis
125ml air asam jawa
500ml air
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Cara memasak:1. Daging diperap dengan kicap dan bahan-bahan kisar selama sejam.
2. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis serai dan daun limau purut sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan bahan yang diperap tadi. Kacau rata sehingga pecah minyak.
4. Selepas itu masukkan air, garam secukup rasa dan air asam jawa. Kacau sehingga sebati dan masak hingga daging empuk.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.

#sumber dri resepi tempatan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea