Jantung Hati Maksu Pieza

10 Mei 2012

Anak Angkat part -2

Dicatat oleh ucupiza di Khamis, Mei 10, 2012
Reaksi: 

okey kita sambung pada kisah   Part 1
Sekarang kita sambung part 2 pulak tau.
Yus nak mintak Pendapat semua lah yang berpengalam dalam hal ini.
Ok sekaranng kita sambung cerita je..harap kamu semua fokus ye.


Kakak yus ada ambil seorang anak angkat lelaki,
Mase kakak yus amik,baby tue baru 3 hari.memang ambil mase baby lagi la.
Mase tu abang ipar dah settle kan hal baby tu,contoh macam mykids,surat beranak baby tu.
Sekarang ni cuma tunggu mummy baby tu je untuk habis pantang,dan selepas habis pantang mummy baby tu janji nak buat surat akuan janji je.
Yelah kan sekarang ambil anak angkat,memang wajib buat surat akuan janji dan angkat sumpah,,supaya nanti bile baby da besar,mummy die tak boleh ambil die.bermaksud baby tu tak boleh diambil,macam,mummy baby tu tak boleh la nak ambil balik baby tu.sebab die da jadi hak kami..Tak bermakna kami tak kasi mummy die nak tengok die nya baby,boleh..sebab kan anak die jugak..kasih sayang ibu tak boleh dipisahkan.darah daging die jugak.
Kami sekeluarga menunggu mummy die abis pantang,baru nak buat angkat sumpah tu yang menyatakan mummy nye telah menyerahkan anaknya kepada kami..Dan die tak boleh ambil balik.
Tapi lain yang terjadi.
Mummy baby tu macam tak mahu buat angkat sumpah tu,biarpun die da habis pantang.
Bile kami sekeluarga cuba mesej,ingin membuat angkat sumpah,mummy baby tu memberi 1001 alasan.
kami bukan nak memaksa die,tapi angkat sumpah tu amat penting..
Selagi angkat sumpah tu tak dijalankan,kami sekeluarga amat risau,sebab bila-bila masa sahaja die boleh ambil anak die.

Sekarang kan banyak kes terjadi,ibu yang telah memberi anaknya kepada orang lain,datang kembali ingin mengambil anaknya.
Kami tidak ingin benda itu terjadi.sama sekali tidak ingin.
Now,baby da nak masuk 5bulan dah.tapi mummy die still tak nak angkat sumpah dan tidak mahu naik mahkamah.
Bile kami mesej,mummy tu memberi pelbagai alasan sudah..
kami tidak ingim memaksa,tapi pikir jugak lah.demi mase depan anak beliau.

Mase baby 4 bulan,mummy die ada datang rumah bonda.mase tu memang baby sengaja di bawak di rumah bonda atas sebab tertentu.
Sebab mummy die ni,kami tak pernah tengok muka die lagi,cuma tengok gambar dalam IC je.
Dan itu first time mummy die tengok babynya,selalunya kami hanya mengirimkan MMS je.
Tapi petang tu,mummy die datang,mase die da masuk dalam rumah,kami sekeluarga dapat tengkap,itu mummy si baby,pada awal nak datang,kami tak tahu siapa lelaki itu,die menyatakan mahu datang untuk jenguk baby,tapi tidak di bagitahu,bahawa mummy si baby jugak ikut sama.
Kakak ada bertanya ini ke mummy baby tu,mula-mula mummy baby tu tak mahu mengaku..lelame baru mengaku yang ia adalah mummy pada baby tu.
Lame jugak la mummy baby tu,duduk rumah kami.
Dalam maghrib jugaklah baru die nak balik.
Tapi telah diselitkan kes yang begitu risau.
Apabila mummynya ingin meminjam sekejap,bawak balik rumah 1 hari.
Mase ni,kami terkejut dan dalam keadaan was-was je.

Abang ipar menyatakan.jika hendak meminjam ke,Uruskan tentang angkat sumpah dahulu.
Mase ni mummy nye menyatakan lagi 2 minggu,tapi selepas 2 minggu,masih tiada berita yang mahu angkat sumpah seperti dijanjikan.
Sampai la sekarang nie,baby dah nak masuk 5 bulan sudah.

Persoalan sekarang??..
Bagaimanakah kami ingin menguruskan angkat sumpah tu??
Adakah boleh dengan cara lain ingin angkat sumpah ini??

Sesape pernah pengalaman macam ni.
Boleh share tak???
Harap kalian boleh memberi pendapat.
Terima kasih.....
Harap kalian boleh membantu.



fax:.
your@email.com
http://www.yoursite.com

2 ulasan:

zOeY zAu YaH berkata...

saya tak dpt bg pendapat blh2 sbb tak x de pengalaman.tp mmg was2 bila dia nk pinjm baby tu.

ucupiza berkata...

tu la sis zoey,kami khuatir sangat hal nie..

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea