Jantung Hati Maksu Pieza

31 Mei 2012

Memotong kuku

Dicatat oleh ucupiza di Khamis, Mei 31, 2012
Reaksi: 
Hukum Dan Hikmat Memotong Kuku.


Memotong kuku tangan dan kaki adalah termasuk dalam amalan sunat bagi lelaki dan perempuan.


Hikmahnya : Menghilangkan segala kekotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku yang boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.Selain daripada itu,jika kuku pula dibiarkan panjang dan segala kotoran melekat di dalamnya, ia boleh menjejaskan kesihatn.


Cara memotong kuku.


Sunat memotong kuku bermula daripada  tangan kanan kemudian  tangan kiri.Memotong kuku kanan kemudian kuku kiri..begitu juga kuku kaki.


Menurut Imam An.Nawawi, sunat memotong kuku bermula dari jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan di ikuti ibu jari,Kemudian tangan kiri  dan jari kelingking sehinggalah ibu jari dan begitu juga kaki.


Setelah usai memotong kuku,segeralah membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air.


Waktu memotong kuku

Menurut Imam Asy-Syafie dan ulama Asy-Syafieyah,sunat memotong kuku itu sebelum solat jumaat..


Menanam potongan kuku.


Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya..Kerana Ia adalah salah satu anggota badan kita.


Memotong Kuku Ketika Haid,Nifas Dan junub.


Menurut KItab Al-Ihya, Jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar,Jangan die memotong rambut,kuku,atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum die mandi junub.
Kerana segala potongan itu diakhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub..


Tu jelah yus dapat share dengan korang..
fax:
your@email.com
http://www.yoursite.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea