Jantung Hati Maksu Pieza

28 Mei 2012

Sabtu-part 1

Dicatat oleh ucupiza di Isnin, Mei 28, 2012
Reaksi: 
Selamat pagi semua.
Kita bersiaran lagi ye..dan ketemu jua.
Hari sabtu hari tu penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan.
Sebabnya..


Pagi-pagi dah dah ikut abang yus pergi rumah orang kawin dekat Kampung batu 8,labu N9..Bukan senang abang nak bawak yus pergi jenjalan..sampai sesat dibuatnya..main pusing-pusing satu seremban..
Bajet yus tahu lah.labu tu dekat mane..memang la dulu yus duduk nilai,tapi bile dah banyak jalan yang da berubah,jadi konfius dibuatnya..yus pergi dengan abang,sepupu yus 2orang..Mase tu la call sesape yang dok area nilai,tanye labu dekat mane..sampai abiz kredit dibuatnya.
Dari bertolak dari melaka pukul 10.15,sampai di labu dalam pukul 12.45pm macam tu.
Penat jugak la mencari-cari kampung tu.
Mase tu dok berpusing area terminal 1,pastu pusing lagi,jumpa lagi terminal 1,3 kali tawaf terminal 1.
Dari tak pernah melawat seremban,dah boleh lawat 1 seremban.


Memang mase tu,abang dah berangin je.
Sabar awei..sabar..
Huh,sampai jugak di kampung batu 8,labu N9.
Sesampai je,terus makan..
Pastu tengok pegantin perempuan.
alkisahnya,yang pegantin perempuan tu kawan sepupu yus,dan yang pegantin lelakinya kawan abang yus..dah jodohkan.tak kemana.
Lepas kedua-duanya dah jumpa kawan .


Mase untuk pulang.tapi kan terlalu awal sangat nak balik.
Sudah alang-alang dah ada dekat kawasan nilai ni..
Abang cadangkan pergi Nilai 3 lah..wah seronoknyaaaaaaa.
Kebetulan abang yus nak cari barang kereta.ada ke barang kereta kat Nilai 3.
Memula kitaorang sampai je,ish takde lah barang kereta.yang ada karpet,karpet,karpet,baju-baju,tudung-tudung.
Takde pun.
Mase nie kitaorang berpecah,abang pergi tempat lain,yang perempuan pergi tempat jual baju-baju dan tudung-tudung.
Banyak kedai hantaran je..
Mase nak pergi kedai karpet,ada nampak kedai kereta.
Terusla call abang,bagitahu ada kedai jual barang-barang kereta.


Abang pun entah ape yang dibelinya.
Meneruskan perjalanan untuk balik..
Tetapi perut kami lapar lagi la..
Bajet nak suruh abang yus belanja kami MCD..sekali sepupu yang belanja.
Hah lagi satu hal,nak ccari MCD,bukan kemain susah.
Kami hanya berpandukan arah papan tanda MCD jelah.
Bila da terlepas,abang bengang je dengan kami,sebab tak peka..
Jangan marah yer.
Sesampai sudah kami di MCD.


MAse ni,bukan kemain ramai lagi orang beratur.
Services Low lah.
Bukak 2 kaunter je..
Lambat jugak la nak sampai giliran kitaorang.
Sabar dan teruskan bersabar.
Dah sampai giliran kami,dan setelah memesan,makan lah,tak ingat dunia.
Sudah mengeyangkan perut.
Bergerak untuk pulang ke melaka..
Selamat tinggal Nilai ye.
Sepupu yang makan ni..
makan dengan sepupu

abang punya makanan


*nantikan sambungan dari kami.*




fax:
your@email.com
http://www.yoursite.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea