Jantung Hati Maksu Pieza

20 Jun 2012

Mulut Masin Karl Shafek.

Dicatat oleh ucupiza di Rabu, Jun 20, 2012
Reaksi: 
mcsm_news_20120619_Episode16a
Disebabkan bahagian dalam yang tidak masak dan masih terdapat tulang ikan salmon, Karl Shafek terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh barisan juri MasterChef Selebriti Malaysia. Kata-kata Karl Shafek pada awal rancangan yang mengatakan dirinya akan tersingkir menjadi kenyataan.
Dalam pusingan penyingkiran kali ini, kumpulan MERAH yang telah tewas dalam Cabaran Sajian Luar semalam diberikan tugasan menyediakan satu hidangan yang terdiri daripada pelbagai jenis protien seperti ayam, daging dan ikan. Dengan bertemakan "Chop", hidangan ala barat mesti disediakan oleh kesemua ahli pasukan MERAH.
Mereka hanya diberi masa 5 minit di dalam pantri untuk mengambil seberapa banyak bahan sampingan yang akan digunakan. 60 minit pula diberi untuk menyediakan hidangan dengan lengkap. Hidangan yang telah mereka sediakan adalah:
1. Soo Wincci - Chicken Cordon Bleu
2. Karl Shafek - Salmon Rangup Bersama Kentang Lecek Dan Lobak
3. Farouk Hussain - Daging 'Topsy-Turvy'
4. Azwan Ali - Salmonrung Mahawangsa Ala Tom
5. Tomok - Lamb Tower
Karl Shafek yang telah tersingkir dalam Ujian Sajian Pantas kali ini mewakili badan kebajikan House Of Joy dengan derma terkumpul sebanyak RM5000. Meskipun belum bersedia untuk keluar dari dapur MasterChef Selebriti Malaysia, namum Karl Shafek berpuas hati kerana dapat berkongsi beberapa resepi daripada negeri kelahirannya Pekan, Pahang.
Credit::MASTERCHEFF SELEBRITI .

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea