Jantung Hati Maksu Pieza

30 Julai 2012

Apa Menu Berbuka di ramadhan yang ke-10

Dicatat oleh ucupiza di Isnin, Julai 30, 2012
Reaksi: 
Apakah menu berbuka anda hari nie??
Dah 10 Ramadhan..tinggal 20 hari lagi ramadhan akan berakhir dan di sambut dengan hari raya.
Adakah ramadhan yang ke-10 ni dah sibuk buat kuih ke,beli baju raya ke??

Bagi yus pulak,Memang tak preparation apa-apa lagi,hari tu ada keluar dengan akak cari baju raya,tetapi semua baju tak turun harga lagi,masih ada yang 100 ke atas lagi,tunggulah dah nak 5 hari lagi nak raya,barulah bergesel-gesel bahu nak pergi cari baju raya..Masa tulah boleh nak beli dah.sebab masa tu baju dah turun harga.

Menu berbuka hari nie adalah
"Spaghetti Cara Yus"

Bahan-bahannya adalah :

  • Spaghetti
  • Prego (dalam tin)
  • Daging Ramly Kisar
  • Sosej (dipotong dadu)
  • Meatball warna putih (direbus)
  • Bawang putih (5-6 ulas) (bergantung lah)
  • cili kering (yus masukkan tak sampai 1/2 sudu pun,sebab taknak pedas.)
  • kiub pati ayam
  • sos cili dan tomato
  • garam dan perasa.
  • cheesedale. (kumpul lemak kejap.)

cara-cara yus :
  1. Panaskan air didalam periuk yang bersesuaian ,dan isikan spaghetti,dan jangan lupa isikan minyak@butter untuk mengelakkan spaghetti itu melekat.Tunggu ia larut secara senyap-senyap.Sementara mahu menunggu spaghetti itu masak,jom buat kuahnya.
  2. untuk kuah,tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk atau dicincang kecil-kecilan,tunggu ia kekuningan dan naik bau,masukkan cili kering,tunggu sampai ia naik minyak,.
  3. Masukkan daging kisar,sosej,meatball dan masukkan juga garam serta serbuk perasa.
  4. Tunggu daging atau bahan dalamnya masak.
  5. Gaulkan atau kacaukan.
  6. bila dah mendidih masukkan sos prego,sos cili atau nak lebih masam sos tomato.
  7. Kacau lagi sehingga ianya masak.
  8. tambahkan air jika ingin kuah itu tidak kering..
  9. tutup api,taburkan cheesedale,dan hidangkan panas-panas
  10. Dan sedia dimakan bersama mee spaghetti itu.
  11. selamat berbuka..

itu je resepi spaghetti yang ringkas dari yus,




0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea