Jantung Hati Maksu Pieza

16 Julai 2012

Apabila Menghadiri Perkhawinan My Friends

Dicatat oleh ucupiza di Isnin, Julai 16, 2012
Reaksi: 
Selamat pagi semua.macamana memulakan kerja harian di pagi hari isnin,permulaan bekerja.
Ada yang liat nak bangun pagi kan?baik mengaku jelah kan.
Series bila hari isnin je,mesti terbangun lambat punya lah.
Lagi-lagi cuaca diluar sana ..Mahu tak sambung dan tarik selimut sampai kepala.
Kesejukan terlampau sangat.
Tapi menguatkan minda umtuk bangun jugak pagi tadi untuk mencari rezeki untuk masa hadapan.

Hari sabtu dan ahad tiada istilah rehat bagi yus minggu lepas,Nak tahu berjalan je sampai lenguh-lenguh badan nie hah.
Hari sabtu adalah hari perkhawinan kawan yus masa sekolah menengah dulu,batch 2004-2008.
Mase inilah mahu berkumpul dan membuat jejak kasih selama 3tahun tak berjumpa..Lama tu tak ketemu.
Text di Phone,di Fb,di Twitter.
Nak cerita sedikit perjalanan kami.

  • Pukul 9.00am dah gerak dari rumah..kawan yang pick-up yus,sebab malas nak bawa kereta masa ni,suruh je kawan ambil,kenapa kitaorang pergi awal adalah disebabkan nak temankan kawan tu nikah sekali dalam pukul 10.00am.tapi kami semua tak sempat,biasalah janji melayu dan janji diana,masa ni kitaorang gerak 4kereta..tunggu di Pekan Masjid Tanah.tunggu punya tunggu sampai lah pukul 10.00am baru bergerak ke rumah pegantin.
  • Kami semua sampai di pekarangan masjid pada pukul 10.30am,sempat tengok pegantin diijabkabulkan,dan masa kami semua sampai,baru bermula acara lafaz sakinah,pastu saat sang arjuna menyarungkan cincin dan sahlah kawan kami mejadi isteri orang..masa nie nak menangis pun ada sebab kawan kami dah menjadi milik orang lain.sedihnya.
  • Mulalah acara sesi bergambar dan bersalaman dengan pegantin perempuan.sungguh cantik kamu dear.
  • Masa pegantin perempuan beredar untuk menyalin pakaian untuk majlis perkahwinan beliau,kami berkumpul sahaja di masjid dan berborak sementara menunnggu untuk menjamu selera nanti.
  • Masa nie lah kawan ada promote" HERBALIFE.".Memang nampak sangat perubahan selepas kawan makan ni..Kami yang teruja nak tahu memang setia mendengarnya.Insyaallah kami akan mencuba produk" HERBALIFE" nie.
  • Masa nilah berborak tak ingat dunia,bayangkanlah 3tahun tak jumpa.macam-macam ceritalah kami reka.
  • Ok,kompang sudah berbunyi,masa nilah juga ambil gambar bersama dengan pegantin.
  • Selepas menepung tawar dan baling-baling bunga rampai dekat kawan-kawan.
  • Masa untuk mengundur diri kerana masing-masing ada hal dekat sana-sini.
  • Tetiba kami lapar balik lah...Nak makan lagi rasanya..Dasar perut besar..hehehehe..

Sila cari dimanakah YUS??








Selamat Pegantin  Baru Dear friends.Moga kekal bahagia dengan orang tersayang hingga ke akhir hayat kamu berdua..

2 ulasan:

Opah Kentang berkata...

BEst kan mase nie!!! Teringin nk jumpe korang lagi. :)

ucupiza berkata...

Opah:seronok sangat weh..bile la nak jumpa macam ni lagi kan??

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea