Jantung Hati Maksu Pieza

13 Julai 2012

Hujan Di Pagi Jumaat..

Dicatat oleh ucupiza di Jumaat, Julai 13, 2012
Reaksi: 
Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk melihat keindahan ciptaan Tuhan...
Dan masih boleh menghirup secawan milo..slurpppp..
Dan masih boleh menjamu nasi goreng masakan bonda.
Alhamdulillah...

Pagi tadi terjaga pukul 3pagi,apabila mendengar rintik-rintik kasar hujan menitik di bumbung rumah.
Bonda sedang mengalihkan kusyen,takut kena tempias hujan..
Tapi diriku sedang diulit mimpi masa itu..
Memang best je kan tidur mase hujan-hujan ni,rase mahu tarik je selimut sampai ke paras dada dan ke kepala akhirnya.
Sampaikan terlajak tidur,Pukul 6.30am baru nak bangun,,haruslah terkocoh-kocoh siapnya..dengan baju tak iron lagi.pehhh haruslah memang terkejar-kejar..
Tapi masa tu hujan lagi,tengah berfikir nak naik ape ni,hujan lebat pulak tu dekat luar sana.
Haaah Abang kan ada!!
Siaplah lambat-lambat,sekali dah siap,terpikir jugak kenapa lah abang tak bangun-bangun lagi,air nescafe pun bonda tak buatkan,pinggan untuk makan nasi goreng ada satu sahaja...
Sekali tanya bonda..abang cuti hari nie..
Terpaksalah redah juga hujan ni..berserah jelah..

Sesampai di office hujan turun lagi dengan lebatnya..sejuknya..kena aircond lagi..bertambah sejuklah jawabnya..
Dan lupa nak bawa stoking sebab kaki dah cramp sejuk-sejuk ni,nasib baik skirt labuh nie boleh cover.
Sorok kaki disebalik skirt nie..

ok lah mahu meneruskan membuat kerja yang bertimbun ni..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea