Jantung Hati Maksu Pieza

13 Ogos 2012

Membeli-Belah Kembali.

Dicatat oleh ucupiza di Isnin, Ogos 13, 2012
Reaksi: 
Hari sabtu adalah hari gembira,pabila dapat tidur dan bangun pastu tidur balik.
Indahnya masa tu.
Tetapi pepagi lagi dah bangun sebab mahu ikut k.chik pergi shopping dekat mall melaka.
Tetapi itulah janjinya pukul 11.00 am,tetapi janji melayu kan,pukul 12.00 baru nak gerak ke mall melaka.
Jalan tidaklah jem sangat macam hari selalu,pelik jugak kan,selalunya orang melaka ni,tak reti duduk senyap-senyap dekat rumah tu,Hari tu jalan memang lah sangat menjadi idaman kalbu,tak sesak.
Mungkin mereka keluar waktu malam agaknya.
mungkinlah..

Sesampai the store melaka dalam pukul 1.00 macam  tu,the store memang tengah sale uollss..
Lagi-lagi barangan baby,memandangkan anak buah yus,lelaki,emm memang susah cari baju dia,kebanyakan baju gegurl yang lawa-lawa..Sambil cakap dekat k.chik,kita pakaikan jela die seluar perempuan tu,bukan orang tahu pun,sampai macam tu sekali,sebab tengok seluar baby boy banyak jeans,takut baby boy tu rimas je nanti..Last-last ambil baju tidur,baju nak jalan-jalan 2pasang je.
Sebab baby boy masa tu,dah menangis nak susu..
Maksu tak larat nak pegang baby boy sebab dah kus semangatlah..

Balik pun jalan tak jem jugak,rezeki hari ni,jalan tak jem..
alhamdulillah..
Ingatkan nak cari baju raya maksu,tetapi di kota masjid tanah,tiada parking,sebab tempat parking dijadikan tapak bazar ramadhan..
Puas jugaklah meronda-ronda,..tapi tiada parking jugak.
Balik jelah jawabnya.
Tetiba,ada brother tu nak keluar pulak..
Ok lah tu,cepat-cepat ambil dan parking kereta.
Baby boy tinggal dengan abang ipar dalam kereta.
K.chik sibuk nak cari tudung katanya..
Maksu sibuk nak cari baju raya pulak,
Semua kedai dijelajahi,1 pun maksu tak berkenan ok.
Cerewet sikit bab pakaian ni.
Ada minat baju tu,tetapi tinggal saiz besar pulak,maksu ni dahla kecik je..hahahaha..
Ada tu pulak,bajunya kotor walaupun sedikit.tak nak lah maksu.
Ada tu mahal lah pulak,labuci penuh pulak tu.
(maaf ye,terbanyak pulak ayat "Ada Tu")
Lelama balik jelah..
esok pergi lagi..
Berjalan je la ye..





0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea