Jantung Hati Maksu Pieza

14 Ogos 2012

Menu Berbuka :)

Dicatat oleh ucupiza di Selasa, Ogos 14, 2012
Reaksi: 
Selamat pagi semua...
Harinie dah 25ramadhan dah..sekejap sangat masa berlalu.
Cukup ke tidak amalan yang sudah ku lakukan sepanjang ramadhan ni.
Masa ramadhan inilah kita mahu segala amalan kita diterima.
Dan lagi berapa hari je lagi solat terawih.
Bila lagilah nak merasa solat terawih lepas ni..kena tunggu setahun lagilah..insyaallah jika diizinkan.

Semalam apa menu berbuka korang semua.
Memandangkan tekak sakit,nak menelan pun,berkira nak telan ke taknak telan,nak makan ke tak makan ni..sungguh perit rasanya jika ingin menelan apa-apa makanan.
Sekali balik,tak sempat bonda nak bagi salam lepas solat,terus maksu bagitahu bonda."bonda-bonda nak makan  kentang masak tumis air"..korang pernah dengar tak nama masakan tu??
Bonda pun setuju..
Lepas solat,bersilat dekat dapur,bonda cuma arahkan je,maksu yang masak ye semalam,Mesti korang nak cakap "alah setakat masak kentang tumis air" budak darjah 3 pun boleh buat kan..Angguk jelah kan..
Bonda pulak bagi cadangan kita buat sambal belacan nak tak??peh memang terangkatlah semalam,
Disamping ada ikan cencaru goreng dan ayam/sotong goreng tepung..dan disertai kuah cili padi..
Memang umphhhh lah semalam..
Ada sambal sotong jugak ye..
Memang masa makan sediakan tisu lah,sebab pedasssssssss...



see : sotong dan ayam goreng, ikan cencaru serta kuah cili, sambal belacan, sambal sotong, dan kentang masak tumis air. umphhhhh memang sedap..


Harini nak berbuka apa pulak ye..
korang pulak..apa menu berbuka korang..??

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea