Jantung Hati Maksu Pieza

03 Ogos 2012

Puasa ke??

Dicatat oleh ucupiza di Jumaat, Ogos 03, 2012
Reaksi: 
Hari ni genap 2minggu kita umat islam berpuasa.
Terasa sekejap sahaja je kan masa tu berlalu,hingga kita tak sedar.
Macammana persiapan anda semua sekarang,mesti semua sedang sibuk membuat kuih raya yang pelbagai jenis bentuk dan warna kan,
Baju raya berapa pasang ye semuanya..
Mesti korang dah sakan duduk memborong kan??
Lagi-lagi pekerja Gov. kan..diorang dapat bonus.untunglah.
Kami bukan Gov.ni dapat gaji pun.hei taknak ceritalah.

Hari ni dah jumaat dah.
Kenapalah  ada lagi manusia lagi-lagi umat islam,dan bergelar lelaki yang gagah perkasa ni.
Adalah hamba tu,gagah je tengok die,kerja pun duduk je rasanya,.
Hari ni yus keluar kejap pergi teman kawan bayar duit kereta di Public bank,masa nak keluar dari gate depan tu,ternampaklah lelaki yang perkasa,yang hanya kerjannya,menjaga office dan kilang.
Masa die nampak yus tu,die dah gelabah,disebabkan dalam bakul motor die ada bungkusan makanan serta air, member lelaki perkasa tu,dah lari,sebab malu la,kami kaum wanita nampak bungkusan makanan tu.
Die macam cover-cover je.
Hei tak tahulah,kerja takda seberat mana pun,Badan sihat walafiat lagi.kerja hanya duduk dan pantau sahaja.
Takda cacat cela pun atau penyakit yang menhalangnya untuk tidak berpuasa.
Itu satu hal,hari ni hari jumaat,mereka tak solat jumaat lagi,pastu menunjukkan makanan lagi.
Emm satu keluhan betul bila berjumpa dengan orang macam ni..Macam tak reti hormat bulan puasa.
Puasa tu setahun sekali je pak cik..
Bukan setahun kena puasa..Sebulan je pak cik.
Makan tu pulak,macam menunjuk-nunjuk.
Kenapalah kan??


Nie nampak depan-depan,
Bila toleh ke arah production pun hal yang sama lagi.
Siap ada orang tolong belikan makanan lagi,dan hulur makanan melalui pintu gate belakang..
Apalah nak jadikan..
Mereka tidak tahu malu langsung lah..
Anak-anak kecil pun puasa penuh.

Renungkanlah..





1 ulasan:

zOeY zAu YaH berkata...

mmg ada org camtu tau.x igt dosa pahala dah.smoga allah beri hidayah kepada mereka..amin..

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea