Jantung Hati Maksu Pieza

11 September 2012

Doakan Kejayaan Kami.

Dicatat oleh ucupiza di Selasa, September 11, 2012
Reaksi: 
Assalamualaikum semua.
Selamat malam semua..

Esok dah exam UPSR kan,hah apa macam pengalaman anda masa nak UPSR dikala dahulu,ce cite apa perasaan korang apabila kaki ni mahu melangkah ke dalam dewan,mesti gugup,gementar,nak pengsan semua adooo kan??

Macam yus dahulu kala,dulu duduk asrama walaupun rumah sekangkang kerbau..itu pun dok berpuluh-puluh kali telefon mak suruh ambil kat asrama sebab tak best duduk asrama ni,.hari-hari nangis suruh bonda ambil,habiskan duit syiling bonda bagi..sampai lah dah besau gedabak ni,memang tak suka duduk asrama ni,tak kena dengan jiwa..saya kan bongsu..hahahaha..
Ok berbalik pada tajuk,pepagi nak exam tu,kitaorang dikhendaki sampai awal kerana kena makan telur separuh masak pagi-pagi,ofkos lah sekolah support semuanya..pagi-pagi dah kena makan telur,bagi penggemar telur mungkin tiada masalah,bagi yus ni hah,nak keluarkan balik pun ada rasanya,tak makan telur separuh masak,disebabkan tulah sengal sedikit ni..
Lepas dah makan telur separuh masak,ada briefing sedikit, dan ada bacaan doa oleh ketua pengawas yang kacak dan hensem,pabila dah aminkan,penyerahan kotak pensil serta alatan menulis,dan mulalah melangkah kaki ke dewan peperiksaan ni..

Menjawab punya jawab sehabis mungkin punya,pabila dah keluar dewan,cepat-cepat capai buku untuk exam seterusnya sampailah ke exam yang terakhir..
Masa exam terakhir,terasa sedih sangat,sebab dah nak berpisah dengan pengawas yang bertugas, mulalah kempen letup sana-sini dan huahuahua sana sini..
Pabila exam dah habis,buku teks dah dipulangkan,sesi membawa mainan masing-masing seperti congkak,catur dan macam-macam lagi,
Pabila ada masa terluang, kita tengok wayang dalam bilik wayang lah..
Bawa lah macam-macam cd dan dvd..

Best kan pengalaman darjah 6 dulu,
Macamana pengalaman anda pulak??
Kongsikanlah...

Esok memang sedia maklum UPSR akan bermula..
Yus ada anak buah yang darjah 6 sorang,

"Gud luck Nur Syamimi Bte Rusnahar..buat yang terbaik dik,ingat umi dan abah,adik boleh buat
adik banyak-banyak baca soalan tu,berulang-ulang kali pun takpa,
kalau masa dah nak abis,dik kena semak betul-betul,
Makshu doakan adik tenang menjawab exam esok dik.".


2 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea