Jantung Hati Maksu Pieza

03 September 2012

Masak-masak (popia goreng nestum dan horlicks),

Dicatat oleh ucupiza di Isnin, September 03, 2012
Reaksi: 

Resepi Popia Nestum Horlick..

Selamat malam dan masih di mood monday hari ni..
Mesti terasa malas je kan mahu memulakan kerja hari ni..
Setelah 3hari dah bercuti, sungguh  liat mahu memulakan kerja di monday blues..
Tapi apakan daya,dek daya tugas kan..

Kat sini nak kongsi satu rahsia (tiru iklan apa ntah,tak ingatlah..)
Resepi ni cikdonat. yang ajarkan..
Sebab raya tahun lepas,cikdonat yang buat popia ni sorang-sorang dekat dapur dimalam raya,disebabkan kitaorang tak tolong tahun lepas,adalah tahun ni cikdonat mengarahkan kami saja..balas dendam nampak..
Lepas dah ajar camana caranya,cik donat pun tidurlah..nampak tak kekejaman cikdonat tu..

Maka yus dengan anak buah bersilat didapur untuk hasilkan popia ni..ok tak mahu berleter dah..jom tengok apa bahan-bahannya..

Bahan-bahan :

1.kulit popia.
2.Nestum.
3.Horlicks.
4.Minyak masak secukupnya.
5.Gula kastor.

cara-caranya :



first sekali,korang guna je pape brand kulit popia, lepastu korang ceraikan kepingan tu,
dan mulalah mengulung kulit popia tu,
ingat diakhir gulungan tu,sapukan air sedikit agar pabila masak dia tidak terbuka..



lepas dah gulung-gulung,ambil gunting,dan mulalah potong-memotong ,supaya menjadi comel macam yus
yus potong serong sikit..


sediakan 3 mangkuk,
1.gula kastor/gula pasir  (dikisar)
2. nestum (dikisar).
3. horlicks (dikisar)
menjadi halus,dan asingkan..




 
Kemudian,campurkan bahan seperti nestum,horlick dan gula yang dikisar halus tadi,
ikut koranglah kalau rasa nak manis,tambahkanlah gula,
yus main letak je..



kemudian gorengkan,pastikan minyak yang banyak,kerana popia menyerap minyak..
jangan goreng terlalu garing..angkat dan sejukkan..


pabila sejuk/panas (terpulang),
Gaulkan popia dengan bahan yang dikisar tadi dengan sebati..


pabila puas ati dengan salutan itu,susun dengan kemas didalam bekas kuih/balang..
dan sedia untuk dimakan..
Mudahkan..seperti ABC..





apalagi..cubalah dirumah...





selamat menjamu selera semua..jangan lupa mencuba..


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea