Jantung Hati Maksu Pieza

07 September 2012

Periksa Dengan Teliti Terlebih Dahulu.

Dicatat oleh ucupiza di Jumaat, September 07, 2012
Reaksi: 
Selamat pagi dan salam jumaat semua.
Wah!! dah hari jumaat kan,seronoknya,last kerja..esok dan ahad cuti..itu yang ku inginkan..hehehehe.
Semua dalam office bermalas-malasan mahu membuat kerja masing-masing,disebabkan hari jumaatnye penangan..
Dah buat kerja dengan rajin-rajin sekarang (lagak macam bos besar je kan).

Pagi tadi sebelum mahu pergi kerja,bonda pesan boleh keluar sekejap tak karang??
Puas memikirkan kenapa bonda suruh keluar sekejap dari office,bonda nak ajak pergi klinik kerajaan dekat kuala sana tu..
Boleh saja nak keluar awal karang, lagipun nak pergi kedai motor baiki si tayar yang bocor tu.
Dah banyak kali kan,motor asyik bocor..Nak tahu kenapa motor asyik bocor,ok nanti yus story ok..
Berbalik pada cerita tadi,Yus keluar dari office pukul 9.00am macam tulah,..
Bonda dah siap menunggu dekat rumah,kali ni naik kereta abang sebab bonda tak boleh naik motor dan tak larat nak naik motor tu..

Tetiba bonda ceritalah,Ada nurse dari klinik ni call bonda bagitahu pap smear test bonda..
Bonda haritu memang ada buat pap smear test dekat ada satu klinik kerajaan ni,dia bagitahu bonda result dia nanti bagitahu..
Tadi nurse tu call bonda,nurse tu bagitahu result pap smear bonda ada kuman,
Bonda bila dengar macam tu,dah mengigil satu badan,jantung dah berdegup-degup..
Dah berpeluh-leluh bonda dengar keputusan tu.
Iyelah kan,Kalau kita pun dengar result pap smear tu ada kuman,mesti kita pun akan mengalami macam bonda kan..
Kebetulan kan bonda nak pergi klinik kerajaan tu..

Nie perbualan bonda dengan nurse tu :

Nurse : Assalamualaikum, mak cik ni nama sekian-sekian....
Bonda : iye mak cik ni..
Nurse : Hari tu mak cik ada buat "pap smear test kan"..saya nak bagitahu resultnya,makcik dekat       result tu,didapati ada kuman lah makcik.boleh saya hantar result tu dekat makcik..
Bonda : (masa ni bonda dah mengigil dengar) takpe-takpe lagipun makcik nak pergi klinik ni sekali nak ambik ubat dan tukar jarum..tunggu dekat sana..
Nurse : ok makcik,makcik-makcik sekejap ye,saya check lagi..
Bonda : Tadi kata ada,macammana?(bonda tunggu nurse tu check).
Nurse :Makcik-makcik takde pulak kuman tu..
Bonda : Macammana ni,tadi kata ada,pastu takda,mana 1 betul ni..(masa ni bonda da konfius).
Nurse : ok makcik..makcik punya result ok je..
Bonda :ok..(bonda tak puas ati,bonda ajak pastikan)

Lepas je bonda cerita macam tu, yus lagilah macam tak puas hati,macam main-main pulak dengan keputusan tu,Kalau betul pastikanlah betul,bagitahu betul-betul..
Masa dah sampai klinik dan baru jer selesai uruskan jarum dan ubat bonda..

Masa ingin uruskan dengan nurse yang bagitahu tentang test pap smear bonda tu,
Setelah menerangkan semua keadaan,
Ada sorang nurse tu bagitahu,Yang dia tersalah result atau bak kata lain tertukar result tu..
Ok boleh dimaafkanlah kan..
Tapi,Ada tak call bagitahu result tu tertukar ke apa,ni tak buat kita risau je..
Bonda dahla tak boleh risau..
Dah tahu resultnya,bonda dah rasa lega dah..

Moral :check betul-betul lain kali, ni baru sorang terkena,cuba bayangkan orang lain yang tak boleh tolak ansur,bayangkanlah....


2 ulasan:

InaYusoff berkata...

aiyork.
sesenang hati je nak susah kan hati mak gwe....


haiks..

ucupiza berkata...

tulah,mak dah risau je td....nurse tu suruh tenang..

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea