Jantung Hati Maksu Pieza

05 Oktober 2012

Kenali Keluarga Maggi.

Dicatat oleh ucupiza di Jumaat, Oktober 05, 2012
Reaksi: 


Selamat pagi jumaat semua..
Besok sabtu dan ahad,yabedabedu cuti rehat..yahooo....

Sekarang mood nak update memanglah ditahap kemalasan disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan dan disamping kerja yang bertimbun diatas meja.
Bos tolong naikkan gaji bos,..(tetiba)

Semalam macam lapar lah,sampai je dekat rumah,perut ni dah berdondang sayang minta macam-macam makanan yang masuk,dahlah nak diet,tapi macamana ni..dugaan kan..
Tapi semalam memang dah tak boleh tahan dugaan dah,paksa jugak hanya makan bubur sahaja.
Malas mahu menanak nasi menjadi bubur,jadinya berdesup pergi ke pekan untuk membeli "bubur maggi perisa ayam" makanya masak lah bubur tu,tak perlu tunggu lama ok,cuma 15 atau 20 minit macam tu,dah siap untuk dihidangkan,senangkan seperti a,b,c.

Maggi sangat mudah disediakan (15atau 20 minit sahaja),tiada saingan nak masak bubur cara tradisional (masak beras lebih se jam untuk dijadikan bubur) terdapat 5 jenis perasa (ayam, ikan ,vegetarian,abalon,udang)

Hidangan 
Tambah bahan yang dicadangkan pada pek untuk satu sajian yang lebih lengkap.

Petua hidangan 
Guna sebagai bubur asas untuk menyediakan  resepi bubur tradisional anda..sesuai untuk sarapan dan untuk membuat bubur lambuk.

Senanagkan ..
Ni makanan favourite masa dekat kolej dulu,kalau balik hostel je,mesti menimbun beli pek bubur ni,sebab nak masak dekat hostel,tak perlu beli makanan dah,yus pernah cuba perasa ayam,daging dan vegetarian
Memang best..
dan tak rugi masa untuk menikmatinya..

Yus dah cuba,korang bila lagi??






0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea