Jantung Hati Maksu Pieza

06 November 2012

Menu AidilAdha Kami..

Dicatat oleh ucupiza di Selasa, November 06, 2012
Reaksi: 
Hai selamat pagi.
Raya Haji sudah melabuhkan tirai lama dah kan..
Baru terhegeh-hegeh nak update kan..

Menu Hari Raya Haji kami adalah rendang ayam,..sangat marvelous apabila rendang ni dimasak oleh seorang darah manis dan akan bergelar Puan tidak lama lagi..
Masa hari mantai ni,Yus kena kerja,mengelak untuk memasak..
Bukan mengelak,tetapi kena kerja jugak di hari mantai..
Adik-beradik  yang lain dah mula berkumpul dirumah,hanya diri ini sahaja yang bekerja di hari mantai..
Mood bekerja adalah OUT masa tu..

Tetapi kami diberi pelepasan awal untuk ke kampung halaman masing-masing..
Maknanya hari mantai tu kitaorang bekerja sampai pukul 3.00PM sahaja...
Yahoooooooo..melonjak kegembiraaan sambil buat gangnam style..

Tetapi mengelak nak masak,maka yus balik dalam pukul 4.00pm,itu pun pabila selesai membuat persiapan untuk hari qurban pada hari sabtu..pabila dah siap semuanya..baru bergerak pulang.

Sesampai je di rumah,terus melulu ke dapur,untuk menolong apa yang patut,
Tapi sayangnya,semua tu telah diuruskan oleh kakak tersayang..
Menunggu rendang masak saja..

Aktiviti malam disambung dengan membuat kuih koci lalalalala..
Kuih koci yang dilimpahi dengan santan yang lemak berkrim dan enak dimakan begitu sahaja..
Semua sibuk nak mengetel kuih ni jadi bolat-bolat..








kuih koci dimandikan dengan santan..



bersiap sedia untuk dibungkus....dan dikukus..


1 ulasan:

saifudin berkata...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea