Jantung Hati Maksu Pieza

08 Disember 2012

Pak Cik Tukang Kasut :)

Dicatat oleh ucupiza di Sabtu, Disember 08, 2012
Reaksi: 
Baru nak melepaskan rindu dekat katil impian,sebelum nak melanding,mari mengupdate cerita dulu..
Petang tadi keluar pergi Pekan Masjid Tanah,Melaka,kebetulan my sis nak membeli barang anaknya..
Jadi tumpanglah sekali kan..Satu arah..
Dan hajat nak pergi pekan sebab nak membeli kasut untuk pergi kerja dan berjalan-jalan..
Sebab sebelum ni,kalau beli kasut cantik-cantik,mesti tak sampai beberapa minggu mesti kasut tu dah tertanggal la,terkoyak la,tercabut la..Jadinya tiada kasut bila nak pergi kerja dan jalan-jalan..
Makanya,selepas kasut-kasut tu semua dah tak boleh nak gunakan langsung,pinjamlah kasut bonda..
Kasut bonda kan semua lawa-lawa  bila dipakai....
Satu hari bonda dah sindir,amboii kasut bonda buat basahan ye,dengan senyum kambing,yus jawab lah,nanti orang pergilah beli..

Tu yang petang tadi keluar ,nak membeli kasut,sambil ditangan menjinjing beg plastik yang dipenuhi kasut-kasut yang nak dihantar jahit dan digamkan kuat-kuat..
Mencarilah ada ke tidak orang nak jahit kasut ni..
Sekali terjumpalah Jahit kasut,terus pergi..Tapi Pak cik tukang kasut tu takde kat kedainya.
Masa tu tunggu jugaklah,dalam pukul 5.30pm,masa tu jigak ada pelanggan nak hantar kasut jugak.
Puaslah menunggu,sampaikan si pelanggan tadi,siap telefon owner kedai tu,nak tanya dia kat mana..
Lama jugaklah menunggu,abang ipar kata mungkin dia rehat...Iye pon kalau nak keluar rehat ke,tampal lah signage "Saya Rehat"?? "Waktu Rehat"..takdelah membuat tertunggu..
Dalam signage tu,tutup kedai pukul 8.00pm,jadinya membeli-belah dululah kan..

Dalam pukul 6.40pm,datang lagi,tengok kedainya dah tutup..Hah tutup..kata tutup pukul 8.00pm kan..
Makanya berpusing-pusinglah area pekan tu..
Lepastu nak balik,tengok kedai tu ada 3orang dalamnya..
Yus pergilah tanya,boleh lagi tak nak hantar kasut,boleh pulak si pak cik tu cakap,sekarang ni saya rehat lagilah..
Yus jawab balik,Pak cik saya dah tunggu dari pukul 5.30pm tadi,tapi pak cik rehat..Ni pun rehat lagi ke??
Rehat,tapi dalam tu ada kawan dia 3orang...
Dia tanya nak amik kasut ni bila,Yus cakap esok..boleh pulak dia cakap,Esok tak boleh lah,pak cik nak tengok bola??
Yus terus tercenggang..bola kan malam,napa lah esok tak boleh amik kan??
Masa ni kita tengah cakap dengan dia,tapi dia boleh cakap dengan orang lain pulak,kita dah macam patung dah..
Geram je rasanya...disebabkan nak tengok bola malam esok,sanggup dia layan customer macam tu..
Pandai si pak cik ni berdalih,dia cakap besok saya nak rehat ada hal,si kawan dia kantoikan,esok dia nak tengok bola..nampak si pak cik ni dah cuit si kawan dia yang kantoikan tadi..

Signage kat situ tulis ahad bukak..
Disebabkan alasan yang tak masuk akal tu..dia layan customer macam customer tu takda..
geramnya...

Disebabkan itulah,konon kalau kasut dapat dijahit..
tak payah lah nak beli kasut dah kan..
Sekali kasut tak dapat dijahit, muncunglah kan..
Dua-dua tak dapat..

Macam ni ke nak meniaga??
Macam tak nak majukan perniagaan je..
Tolak customer mentah-mentah..





3 ulasan:

Nurul Farhana berkata...

Hehe, bola punye pasal, pakcik tu xnak amik.
bersabar je la yep :)

Ahlam Miera Amirul Shafie berkata...

kalau saya, saya dah sound dah.. ckap dkt dia pak cik nak brniaga ke x? klu macam nilah memg pak cik xkan maju sampai bila2...huhuhu

ucupiza berkata...

Ahlan Miera : tula,nak je perli pak cik tu macam tu..

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea