Jantung Hati Maksu Pieza

29 Disember 2012

Review Wedding Taman Melawati-KL

Dicatat oleh ucupiza di Sabtu, Disember 29, 2012
Reaksi: 
Fuh;;fuh;;;fuh;;;;
berhabuk sungguh blog ni,semakin dilupakan pulak,bukan dilupakan,tetapi kekangan masa yang tidak mengizinkan untuk mencatit satu perkara pun..
Bajet macam busy bebenar kan...Tapi memang busy pun sepanjang tahun akhir 2012 ni..
Dah nak masuk tahun 2013 dah..terasa putaran waktu tahun berlalu sebegitu pantas sekali..

Dihari cuti pun busy meronda-ronda mengunjungi majlis-majlis yang indah bagi setiap pasangan..
Dan dihari cuti ini jugalah baru nak meluangkan masa untuk mencatit diari kehidupan semula..

Cerita yang dah lama terperap dalam draft ni,tunggu masa untuk di ceritakan je..
Pada 22/12/2012 (sabtu),yus dan family telah berpeluang untuk menyaksikan dua pasangan sejoli  yang bakal menempuh lagi ke gerbang perkahwinan..Alhamdulillah..
Dalam pukul 11.30am berkonvoi 3kereta,dan majlisnya berlangsung di Taman Melawati..
Dari rumah kakak yus ke Taman Melawati mengambil masa 20minit..tak jauh pun..
Sampai je dah teruja dengan macam-macam props yang ada..sebelum bergambar haruslah mengisi perut yang telah dikosongkan..
Makanan memang meletop...Nasi beriani,ayam percik,sambal ayam,masak lemak,lauk tempoyak yang begitu membangkitkan semangat untuk makan..dan lepas makan ada desert tu..diorang sediakan aiskrim..
Dah besar pun teringin apa nak makan aiskrim,tetapi disebabkan perasan diri ini dah tua,berpakat dengan anak buah supaya ambilkan aiskrim..
Sejuknya perut bila dapat aiskrim..

Menunggu ketibaan pegantin dalam pukul 1.30pm,..cantik sungguh pasangan dua sejoli ni duduk diatas pelamin yang tersengam indah...Pegantin mengenakan busana bewarna kuning..dan i like colour tu..
Kebetulan pakai baju polkadot kuning pulak tu...memang awesome...







   
Pegantin awesome...





Pegantin bersama si pengapit..





hati berdebar-debar saat diijabkabulkan...



Tahniah sis aini dan pasangan..semoga hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat,Amin..
Semoga dikurniakan anak yang soleh dan solehah...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea