Jantung Hati Maksu Pieza

08 Januari 2013

Apa Yang Terjadi??

Dicatat oleh ucupiza di Selasa, Januari 08, 2013
Reaksi: 
Selamat malam semua..
Sekarang semakin rajin pulak kan nak update cerita pasal cerita akasia Setia Hujung Nyawa ni..
Korang tahu kan..ala cerita yang romantik sesangat tu..

episod malam ni,memang ditunggu-tunggu,yelah kan,diorang kan baru nak serasi bersama,kononya main teka -teki tentang barang yang berharga buat ersalina dan zain...kemain romantik lagi apabila ersalina mengajuk kerna zain memilih kasut yang sepatutnya milik sofea (ex gf zain)..
Romantik la tu,si ersalina mengajuk...si zain apalagi mengeluarkan ayat jiwang dia tu..
Cair si ersalina...

Sedang mereka mengecapi bahagia,dan mahu memulakan bahagia tu,si ersalina jatuh tangga dan mengalami keguguran....Mesti terpikir kan??si zain tak pernah sentuh ersalina,tapi ersalina keguguran..anak siapa??
Betapa si zain frust,mana tak frustnya si zain tu....Boleh pulak si zain cerita tentang ersalina dekat si Hadi tu...dahlah si Hadi tu kawan makan kawan...
Lagi sedih,Mama si Ersalina tahu benda ni dah lama,tapi dia tak nak bagitahu ersalina..Mama dia berkomplot dengan Doktor Suria..
Keluarga zain pun menyalahkan si zain,kerna tak menjaga si ersalina..
mereka tak tahu lagi...

apakah yang terjadi next episode..??



0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea