Jantung Hati Maksu Pieza

30 Januari 2013

Ketakutan.

Dicatat oleh ucupiza di Rabu, Januari 30, 2013
Reaksi: 
Takut..takut..takut..
Jom melarikan diri sebelum Abg Polis tangkap kita semua..sembunyi..sembunyi..sembunyi..
Menyorok..menyorok..menyorok..

Wah itu semua lakonan sahaja lah..
Pada hari rabu ,waktu nak pergi kerja,tetiba terpacaklah dua biji motosikal didalam rumah bonda,bukan dihalaman rumah,bukan diluar pagar,ini betul-betul dalam rumah,kira macam beranda rumah.
Memikirkan kenapa ada dua biji motosikal ni,ada apakah?,kenapakah??dan mengapakah.
Satu motor abang dan satu moto kakak,tapi yus yang guna..
Sebelum-sebelum ni tak pernah masukkan motor dalam rumah..kecuali jika ada kes..
Dah nak pergi kerjakan,abaikan lah persoalan yang bermain dalam kotak pikiran ni..kononlah kan balik kerja baru nak tanya abang..

Balik kerja pulak,memang tak ingatlah nak bertanya,bila diwaktu petang hanya ingat cerita #SetiaHujungNyawa jelah..
Sebelum bonda nak keluar bonda bagitahu kenapa abang parking motor dalam rumah adalah disebabkan kawan abang hilang motor lepas maghrib semalam,motor kena curi dalam kampung yus jugak..
Bayangkanlah depan rumah kawan abang tu,sentiasa ada budak ni melepak dan dekat dengan masjid,
Mustahil,dan sungguh licik pencuri ni kan..
Orang ramai pun..

Rasa semakin takut pula dalam diri ni apabila setiap malam dari hari isnin hingga rabu,yus akan tinggal sorang-sorang..
Kekadang lepas bonda ke masjid,yus akan tutup semua pagar dan pintu rapat-rapat..
Kalau dah ada sifat penakut tu,huh bunyi ayam pun jadi takut..

Semoga Yang Maha Esa Melindungi kami Sekeluarga...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea