Jantung Hati Maksu Pieza

19 Januari 2013

Perubahan demi Perubahan..

Dicatat oleh ucupiza di Sabtu, Januari 19, 2013
Reaksi: 
Salam Sabtu semua..
Bestnya kerja dihari sabtu kan..
Sungguh seronok..
Saya suka,saya suka,saya suka..

Nak cerita pasal malam tadi,malam tadi my sis Kakchik dan husband serta wafiq yang handsome datang rumah bonda...
Biasalah kalau si budak kecik ni datang,semua benda nak kena sorokkan,disebabkan dia suka main tarik-tarik..
Si wafiq ni memang kalau datang,memang berkepit jelah kan dengan makshu dia..
Dan setiap kali datang,mesti nak sumbatkan dia dengan pelbagai makanan..Bubur..sebab bila tengok dia makan kita yang rasa kenyang..

Dan bila dah kenyang biasalah kan,masa untuk tidurlah,pernah satu hari tu,dia tengah makan duduk dalam walker,tengah suap bubur,tiba-tiba dah terlentok,tidur rupanya ye..
Bila wafiq dah bagi isyarat gosok-gosok mata,haruslah tidurkan dia..
Masa dia tidur tu,azan isyak berkumandang..wafiq tengah tidur,dan bila dia dengar azan isyak tu,tetiba dia akan menadah tangan seperti berdoa,mata dia buka besar-besar,sampailah azan isyak berhenti.dia pun tidur balik..
Rasa nak jerit panggil bonda,bonda tengok wafiq ni tadah tangan seperti berdoa untuk azan isyak..
Perubahan wafiq,dan begitu juga apabila dia mendengar azan di TV atau pun azan di masjid..dan wafiq akan sahut azan tu dalam bahasa  yang dia je faham,bila dekat TV,dia akan pandang je kearah kaca TV tu,mata tak berkelip-kelip...

Bila azan berhenti,dia akan mula buat kecoh balik.tu la yang tahan,masa dalam tidur tu,dia boleh bangun dan menadah tangan,habis je azan dia sambung tidur balik..
Wafiq semoga manjadi anak yang soleh pada kami semua..amin..


Terima kasih padamu Ya Allah,kerana telah menghadiahkan kami kebahagiaan dengan hadirnya seorang khalifah di kalangan kami sekeluarga,dan telah mengeratkan hubungan kekeluargaan..
Semoga dengan kehadiran MOHD WAFIQ memberi kebahagiaan dalam diri my sis dan brother in law
Amin..











0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea