Jantung Hati Maksu Pieza

08 Januari 2013

Setia Hujung Nyawa

Dicatat oleh ucupiza di Selasa, Januari 08, 2013
Reaksi: 
Akan ku setia denganmu sehingga kehujung nyawaku...sudikah awak menjadi isteri/suami kepada saya...
cut..cut..cut..berlakon je tu..main drama je lebih..

Siapa tengok cerita akasia ni dekat TV3,setiap hari isnin hingga khamis,jam 7.00mlm..
cerita yang romantik yang sesuai ditonton oleh orang macam kami ni,tapi jika mereka yang berkhawin pun sesuai jugak nak tengok cerita ni,menambahkan kemanisan dan romantiknya lagi dalam setiap perhubungan yang dibina,bagi yang belum berkhawin jangan nak menggatal meniru aksi romantik mereka taw..

Memang sweet je,pasangan Ersalina dan zain ni,dikala mereka mengecapi bahagia,ada je kawannya yang menjadi batu api untuk meruntuhkan perhubungan kasih sayang yang mereka idamkan..

Bila tengok cerita ni,alahai sweetnya diorang ni,mulalah berangan nak macam tu juga,memang non ado lah kan..siapalah diri ini mahu macam tu..tengah sedap-sedap berangan dan awan dah keluar kat kepala sambil memejamkan mata,bajet nak felling terlebih lah,sekali buka mata,tengok bonda dah bercekak pinggang sambil mengetap gigi,"Bila nak solat"...ok tak kelakar..

Sampai je office,mesti pagi-pagi dah gosip,weh kau tengok tak part semalam,romantik kan dia,comel kan dia mcam tu,nak jugak la macam tu..sweet sangat..

Balik je kerja,dah siap mandi semua,dah terpacak depan TV dan pegang remote..tak sabarnya nak tengok next episode...
Apakah yang terjadi pada perhubungan mereka...


Sinopsis :



Ersalina Imani dan Zain Hakimi adalah watak utama dalam novel ini. Bermulanya cerita Ersalina seorang gadis 17 tahun menunggu keputusan SPM. Gadis yang terlalu naif tentang kehidupan dan pernah terlanjur bersama teman lelakinya. Dia juga tidak tahu apa akibatnya dimasa akan datang. Ersalina dilamar oleh Datin Adibah untuk mejadi menantu bidang terjun dan isteri kepada anaknya Zain Hakimi menggantikan tempat Sofea hilang entah kemana. Kelembutan dan keayuan Ersalina menambat hati Datin Adibah. Haliza ( ibu Ersalina ) menerima pinangan Datin Adibah bagi menutup satu rahsia yang akan memalukan keluarga. Tanpa memikirkan akibatnya, mereka dikhawinkan dengan perkenalan kurang dari seminggu. Bermula episod kehidupan baru Ersalina dan Zain sebagai suami isteri. 

Mereka memilih untuk menjadi rakan serumah dan belajar untuk menyemai rasa cinta . Tat kala perasaan cinta sudah membara dan berjanji untuk menjalinkan hubungan suami isteri. Zain terkejut bila Ersalina keguguran, isteri yang belum sempat disentuh . Disinilah pergolakan rumah tangga mereka bermula. Zain merasa dirinya tertipu dan memujuk hati dan untuk menerima Ersalina dalam hidupnya demi menjaga hati keluarga dikedua belah pihak . Kemarahan dan amukan Zain dah menjadi rencah kehiduapan Ersalina. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Perasaan cinta Zain yang terlalu dalam pada Ersalina, Zain menerima Ersalina kembali sebagai isteri sepenuhnya.

Dugaan terus membadai, Zain terlibat dalam kemalangan dan rahsia yang disimpan rapi terbongkar dan didengari oleh Datin Adibah. Zain Koma ... Datin Adibah membenci Ersalina dan keluarga dan menganggap keluarga Ersalina menipu dan mengambil kesempatan diatas keluarganya. Ersalina berjanji dan tekad ingin setia hingga kehujung nyawa walau apa terjadi sekalipun . Sedar dari koma Datin Adibah memaksa Zain menceraikan Ersalina dan berjanji mencari isteri yang jauh lebih baik dari Ersalina. Sibuk mencari menantu yang berbaik Datin Adibah dikejutkan satu berita yang tidak disangka-sangka. 8 tahun yang lalu zain juga pernah merosakkan anak gadis orang dan tidak mahu bertanggungjawab. ia memberi alasan kerana mereka terlalu muda ketika itu. kesudahan cerita ni happy ending.

Photo: inilah Ersalina Imani dan Zain Hakimi, teraju utama drama Setia Hujung Nyawa... hasil cilok di twiter suhan movies...
Inilah Ersalina dan Zain dalam drama Setia hujung nyawa Pertengahan Disember ini


Ni pulak novel :


3 ulasan:

Intan Payung berkata...

akk tgk cite nie..mmg feeling gler..tp byk gak rencahnye dr sinopsis cite tu kn..uwaaaa..tanak la jd pape..diorg nie sgt sweet together..akk pun berangan jugak nk jd gnie..hahaha..daydreaming jelah kn yg mampu..

ucupiza berkata...

feeling kan sis..minggu ni or minggu dpn akn berlaku konflik..waaa nk yang xbest..berangan takpe sis...mana tahu 1 ari nanti sis akan dapat mcm tu..part2 romantik je..

notainsan berkata...

best sngt cite ni..suka33

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea