Jantung Hati Maksu Pieza

04 Februari 2013

Berhenti Kerja Dah.

Dicatat oleh ucupiza di Isnin, Februari 04, 2013
Reaksi: 
Happy Monday,
Monday Blues..

 Hari ni kita cuti..lalalalalala,sambil tekap muka dengan kapas beserta toner,dan sambil goyang-goyangkan kaki seperti orang senang..
Sengaja je ambil cuti hari ni,nak rest kan badan-badan ni..sesekali nak juga cuti ni,asyik kerja je,nak jugak kurangkan stress ni..

Semalam (ahad) adalah menjadi pengasuh yang bertauliah kerana ada hal kecemasan yang tak dapat dielakkan,
Makanya,menjaga putera dan puteri yang semakin ligat bersilat dan meraung sekuat hati..
Makanya menguji kesabaran yang tinggi menjaga mereka-mereka ni..

Dan hari ni cuti sebab nak hantar bonda ada temujanji dengan doktor,alang-alang bonda ada temujanji,apalagi cuti la hari ni..
Dan kebetulan abang ipar masuk hospital,maka kenalah menjaga anaknya,sebab bonda dan akak pergi melawat abang ipar tu..

Jenis si kecik ni,tak nak orang pula,nak makan pun kena riba si kecik ni,
Nak berkepit je.
Bila ada pengalaman seperti itu,menjaga 5 putera puteri,rasanya dah macam menjaga anak sendiri .
Mahu menangis menjaga mereka..
Pernah terpikir tak,macam mana bonda-bonda kita menjaga anak-anak ramai-ramai..sedangkan kita menjaga 5 orang dah macam-macam hal..

Semoga abang ipar cepat sembuh..amin..


1 ulasan:

Nory Zoulkefle berkata...

prektis make perfect ,kan dear...hehehe

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea