Jantung Hati Maksu Pieza

26 Mac 2013

Felda Palong 14.

Dicatat oleh ucupiza di Selasa, Mac 26, 2013
Reaksi: 
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
#Beras kunyit kami taburi,Air mawar direnjis wangi.
Kembang kasih menabur budi,Undangan kami setulus hati,
Harap sudi datang merai,semoga Allah merahmati.Amin..

Wah!!!..
Bukan yus yang nak kahwin,tapi??

Pada 22/03/2013,selepas waktu asar,alhamdulillah selamat dah seorang officemate yus bergelar suami,tak tahulah.hope sekali jelah kan....
Dah tak boleh gurau terlebih dengan dia,
Majlis belah perempuan adalah 23/03/2013 (sabtu),Makanya kami dalam offis ni tak dapat pergi hari sabtu tu,dan tiada kenderaan yang boleh membawa kami kesana.Dan banyak hal yang tak dapat dielakkan pada hari sabtu tu,kitaorang pakat-pakat nak pergi pada malam 22/03/13 (jumaat),konvoi 2kereta sahaja.
Tumpang kawan-kawan yang nak pergi hari jumaat..

Masa nak pergi felda palong 14,hati masing berbelah bahagi,nak pergi ke taknak,sebab ramai yang menyatakan tempat tu jauh lah,ada yang kata 2jam saja lah,dan disebabkan tak pernah jejak kesana pun,lagipun pergi malam,risau jugakan,.tapi dalam dok bincang-bincang,kata sepakat telah menemui jalan yang lurus,nak gerak dari melaka dalam pukul 6.00pm,disebabkan jumaat kami kerja,balik dalam 5.30pm tu baru keluar office,tu belum sampai rumah lagi..jawapannya 06.30pm la macam tu,..
Dah macam tak tentu arah,5.30pm je,masing-masing pecut nak balik rumah..
Kami gerak dalam pukul 7.00pm,perjalanan kami disertai dengan gelak tawa rakan-rakan sepejabat yang tak henti-henti membuat lawak,ada je ceritanya..
Jauh juga lah kan,dalam 8.15pm baru kami sampai di Gemencheh,singgah solat sebentar,dan sementara menunggu 1 lagi kereta.
Semua dah berkumpul dalam 8.30pm kami bergerak untuk terus ke destinasi pegantin perempuan,sepanjang perjalanan tu,meluaskan mata melihat pemandangan dalam felda.rupanya felda palong 14 ni dikira hujung sekali dan dekat dengan sempadan Muadzam Shah,series tak tahu.
Kami semua sampai dalam 9.30pm,masa tu pegantin dah duduk atas pelamin dah,tak dapat nak tengok bunga api,kalau ada lah kan,Tak kisahlah janji puas hati dapat jejak kaki ke Felda Palong 14 dan hasrat nak tengok officemate ni duduk atas pelamin,kemain segak berpakaian songket berwarna merah,dan cantik sangat pegantin perempuannya..
Si pegantin lelaki tersipu malu pula kan apabila nampak kawan sepejabat datang..

Kami kebetulan memang tersangatlah lapar,mari makan dulu,kemudian baru ada feeling nak ambil gambar bersama pegantin..kami disajikan dengan nasi putih,ikan masak kicap,umbut kelapa dan tak ingat apalagi masakannya,memang sedap,perut lapar kan..

Masa untuk bergambar bersama pegantin yang kelihatan kacak dan cantik.



















 Selamat Pegantin Baru  Ahmad Saifuddin dan Pasangannya Noor Faiswahida..semoga kekal hingga ke anak cucu.Amin..




2 ulasan:

Nory Zoulkefle berkata...

laaa ingatkan die yang kawen ...heheheh...

ucupiza berkata...

sis nory :jodoh belum ditemui lagi sis,doakan yus.hehehe

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea