Jantung Hati Maksu Pieza

15 Mac 2013

Teramat Malu..

Dicatat oleh ucupiza di Jumaat, Mac 15, 2013
Reaksi: 
Rindunye zaman belajar dulu,zaman di waktu ambil STAM,walaupun belajar hanya 6bulan sahaja,pengalaman,peristiwa,kenangan manis dan pahit semua ada..

Nak imbas saat belajar dulu,dalam bulan 4,yus masuk STAM ni,selebih bulan dari bulan 1-3 yus kena PLKN,lepas je habis PLKN ,rehat dekat rumah dalam seminggu dua je rasanya,lepastu dah masuk belajar..
Nak kejar pelajaran yang tertinggal 3bulan tuh amatlah susah....

STAM ni hanya sijil dan tempoh pengajian kita hanyalah setahun sahaja,lepas je kalau kita lulus,kita boleh sambung pengajian di Mesir,Jordan dan Di bumi Arab..seronok sangat lihat kawan-kawan dah berjaya di Mesir..Alhamdulillah..

Masa belajar ni kami duduk dalam satu rumah seramai 6orang je,dalam satu rumah tu ada orang sabah,orang perak,yang lagi 4 orang tu anak jati Melaka..
Susah senang kami bersama didalam rumah tu..
Makan kongsi-kongsi.
Didalam rumah kami tidak dibenarkan membawa sebarang peralatan memasak,nak makan melangkahlah kami ke Cafe yang mencekik darah dan lauk pauk adalah sama setiap hari.
Dan kami berpakat membawa barang-barang dapur masuk ke rumah..kononnya nak jimatlah kan..
Tiap-tiap minggu mesti ada bekalan,dan masak sendiri dirumah..
Bawak ikan bilis,bawang,lada-lada,dan siap periuk nasi,kalau nak masak,semua dalam periuk nasi,akak sabah yang prihatin bagi periuk nasi..
Ada sampaikan 1 ari tu,warden telah menghidu aktiviti kami ni,.
Masa warden buat spot check,Yus dengan selamba buka pintu,dan ditangan tengah memegang pisau,diatas meja tersedia lada untuk dimesin dan bawang-bawang cantik tersusun diatas meja dapur,konon nak masak sambal ikan bilis,yang lagi 5orang kawan didalam bilik tengah mengopek ikan bilis sambil bergelak sakan,diorang tak tahu yang kawan dia sorang ni dah ada depan warden,bila warden tanya "kenapa ada pisau kat tangan,Nak buat apa dengan lada ni"??
Menggeletar suara nak menjawab,"saya nak buat Maggi"Apekah??Maggi guna Lada mesin ke..??
Terus tertipu warden...
Dan Pada itu juga warden suruh menulis surat setiap seorang,"Kenapa Tak Mahu Makan Di Cafe"??
Kami dengan senang hatilah mengarang surat tu,sebelum pukul 12.00pm surat mesti berada di bawah pintu bilik warden..
Macam-macam kami Tulis..

Dan bilakah waktu itu akan kembali seperti dahulu..
Rindunya saat macam tu..



0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea