Jantung Hati Maksu Pieza

19 Mac 2013

Tukang Kasut.

Dicatat oleh ucupiza di Selasa, Mac 19, 2013
Reaksi: 
Apa perasaan korang apabila korang hantar kasut untuk dijahit dan dibaiki,dan pak cik betul tukang kasut tu kata,tarikh sekian-sekian akan siap,bayar duit dulu..

Dan dipada tarikh 23/02/2013,Yus kebetulan memang ambil cuti sebab nak hantar bonda ke Klinik,dah ke Area dekat dengan tukang baiki kasut tu,yus pun memang nak hantar kasut-kasut yang masih elok tu tapi perlu digam dan dijahit je,
Yus pergi dengan bonda masa tu,masa nak hantar tu,ingatkan kasut tu bolehlah siap masa tu atau seminggu lagilah kan,lepas pak cik tu cerita apa masalah kasut tu semua,dia mintak deposit,yus bagilah..
Sebab malas nak dengar pak tukang kasut tu membebel merapu-rapu..
Sekali tengok resit,pak tukang kasut tu suruh ambil balik kasut tu pada 04/03/2013,kemain bulan 3 lagikan..
Mungkin pak tukang kasut tu banyak kasut dibaiki agaknya..takpe lah kan..
Kita tunggu jelah..
Harganya 4pasang kasut RM 34.00 tapi ada diskaun RM 4.00,ingat shopping mall je ada discount ke,pak tukang kasut pun ada diskaun iye.
Layankan jelah pak tukang kasut tu..
Dan dia siap berpesan,jika kamu tak ambil kasut kamu dalam tempoh 4/3/13 hingga 4/4/13,saya akan jual..
Amboi....siapalah tak nak kasut kan..

Bertarikh 04/03/2013,
Yus kerja masa tu,tapi demi kasut,yus keluar kejap,minta izin dengan boss besar nak keluar,
Dahlah pekan Masjid Tanah tu jauh tak jauhlah dengan tempat kerja Yus,
Sekali yus dah sampai kat tempat baiki kasut tu,bolelhlah pulak papan tanda "Closed"..
Nak mengamuk ke tak nak??
Takpelah sabar jelah kan..
Yus jenis tak suka orang yang nak berniaga ni,tak menepati masa dan tarikhnya..macamana nak berniaga,kedai asyik tutup je..
Customer akan memandang pada tu semua..
Yus ulang alik juga,waktu rehat yus pergi,nak balik kerja yus pergi jugak,masih tutup..
Yus cuba call pula,pak tukang kasut tu tak angkat call pula,banyak kali yus call,banyak kali.....
Tapi jawapan yang hampa,dia masih tak angkat call,
Yus call lagi dan lagi,lama-lama yus call,dia OFF terus phone dia..
Yus takkan marah,jika dia call kita or text cakap "kasut tak sempat siap,nanti kalau dah siap saya call"
Takde langsung budi bicara dia,kita call dia boleah OFF terus phone nya..

Yus masih nak kasut yus tu..
Sampai bonda cakap,kalau kasut tu tak siap,ambil je balik kasut tu,baiki tak baiki belakang cerita nanti..
Macammana yus nak ambil,asyiklah kedai tutup..
Sampai dah cakap dengan bonda "dah takda rezeki nak dapatkan kasut tu balik"..
Sedihnya..hak kita..

Yus tetap nak kasut tu balik,dengan apa cara pun..tetap..



Kasi Besar...geram punya pasal..





0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea