Jantung Hati Maksu Pieza

23 Mei 2013

Dah Semakin Membesar.

Dicatat oleh ucupiza di Khamis, Mei 23, 2013
Reaksi: 
Assalamualaikum..
Entry ini ditulis sebaik sahaja Bos Besar keluar dari office untuk ke klinik....
Sebagai staff yang baik,marilah kita manfaatkan masa yang ada ini untuk mengupdate sebanyak cerita yang mahu yus kongsikan..
Harap Bos Ambil MC..hahahahaha.

Sekarang umur dah makin tua ni,Anak-Anak buah pun dah semakin membesar dan dah pandai over dari makchu dia..
Dulu masa diaorang ni semua kecik-kecik,inilah makchu yang selalu bancuhkan susu,cuci sisa tahi korang,bawa korang jalan-jalan,belikan aiskrim,gula-gula taw..
Ucu rasa macam baru je belanja korang aiskrim,main sorok-sorok dengan korang,membebel kat korang.
Tapi sekarang sedar tak sedar anak buah makshu semua dah besar-besar,tinggi-tinggi semuanya,kalahkan makshu yang pendek...
Dan dah pandai nak melawa,over lagi..Apa yang Ucu pakai semua nak pakai,ucu tak kesah,pakailah sayang ye..
Dah pandai bab komen-mengomen apa yang kita pakai,kena ke tak kena..
Kalau berkumpul ramai-ramai,mesti diaorang akan buat bulatan besar dan cerita apa yang terjadi disekeliling mereka,bila ucu datang masuk group korang senyap kan...korang bukan mengumpat ucu kan..
Ucu kan baik..
Kekadang terasa happy bila dioarang ada..
Ucu tak pernah nak membezakan anak-anak buah ucu...
Anak buah yus semuanya 13 orang,tapi ini yang semakin meningkat remaja..yang lain bawah umur lagi..tapi untuk tahun ni insha Allah bertambah lagi sorang..jadinya 14..



MEMPEKENALKAN :



1) Anak buah yus yang sulung,tapi ni anak kepada akak yus yang no-3,Nursyakina bt Rusnahar..Tahun ni 17 tahun..22/01/1996 .Inilah kawan gaduh yus kalau dia balik kampung..Tapi dialah yang yus selalu bawa kesana-sini.kadang-kadang suka komen-mengomen ini itulah..kalau beli baju ke apa-apa,mesti tunjuk dekat dia,ni sesuai tak untuk ucu..lepastu dia jenis alert bab fashion ni,banyak dah shawl,pashmina bagi dekat dia..sebab makshu dia tak suka berfashion sangat,tak pandai nak melilit shawl dan pashmina..Dan perangai sebijik seketul ikut perangai makshu dia..cucu kesayangan bonda..sebab cucu sulung kan..hahahaha..Akak yus pernah cerita,masa akak yus lepas bersalin,yus masa tu berapa tahun atau darjah berapa ye,sebab jarak yus dengan dia 6tahun je.Masa tu akak yus pergi makan rasanya,dia masa ni baby lagi,yus suka tengok dia,cium-cium dia,asyik duduk dalam bilik akak je,dan satu hari tu,masa akak pergi makan,yus kunci bilik tu,tinggallah dia dengan yus je dalam bilik tu..akak dah risau,takut yus angkat dia ni ke..bila akak suruh buka,yus tak nak bukakan pintu pun..Entah macammana yus nak buka pintu tu..Suspens akak,bila tengok anak dia tinggal dengan makshu dia..Tahun ni SPM,kakak buat betul-betul masa exam nanti.jangan jadi macam makshu..Ucu tahu akak boleh catatkan rekod dalam keluarga,..Jadi anak yang solehah kakak,rajin-rajinkanlah diri bantu Ummi dekat dapur..Dah besar ye kakak,jangan nak mengelat buat kerja dekat dapur tu..








2 )Ini anak akak yus yang no-3 juga..NurSyuhada Rusnahar..tahun ni form 4 (19/02/1997).Adik beradik dengan si Nursyakina Rusnahar tu,ni yang no.2.Kitaorang panggil dia Kak Ngah,Dia ni peminat tegar pemain bola sepak di Farizal Marlias taw..tersangat fanantik..Kalau pasal bola semua dia sanggup..lautan api pun diredah..Entah apa yang ada pada si Farizal Marlias yang sampai digilainya..nak kata hensem pun tak.."Kak Ngah jangan marah Ucu ye sebab kutuk Farizal Marlias" hehehehe..Dia ni suka duduk rumah je,memerap..tak suka keluar mana-mana..kekadang kena paksa dia keluar.Kalau dia tengok bola dekat KG,suara dia je yang dengar..Semua info tentang bola dia tahu..Dia ni tak macam akak dia,lain bebenau..'I Love U Kak Ngah"





3) Ni syazwani Azri Bte Yusri,Anak sulung Angah yus,Form 3 tahun ni,(22/03/1998)..Kitaorang panggil dia tonjang (tinggi bebenau).dia tinggi sangat,kalah makshu dia..kalau jalan dengan dia mesti diaorang akan cakap senyap-senyap,yus ni adik dia..hahahaha..Dia ni kalau cuti dia tidur pukul 3&4 pagi,mata dia tahan..tapi bila bangun pagi dialah paling lambat bangun...Tahun ni PMR,buat betul-betul ye tonjang..


4) Ni syazwina Azri Bt Yusri..Adik no-2 kepada Syazwani Azri tu.Umur dah 14tahun,(24/06/1997)..Kitaorang panggil dia "Baby"..Dia ni pun boleh tahan menonjangnya tu...Baby tahun depan nak PMR taw..Dulu masa dia kecik-kecik,kalau diorang semua berkumpul,mulalah aktiviti menari,menyanyi-menyanyi lah..



5 ) Anak akak yus(k.lang) yang no.3 ..Adik beradik dengan Nursyakina dan Norsyuhada,Nama dia Norsyamimi Bt Rusnahar.Tahun ni form 1,(08/03/2000) Kitaorang panggil dia "Adik Mimi"..kakak-kakak suka buli dia..selalu kena marah dek kakak-kakaknya..suka kawan dengan hanif,anak buah yus yang lagi sorang..muka seakan-akan sama je."Adik Belajar Rajin-Rajin"tolong Ummi..

6) Nampak tak anak panah biru tu..Ni Izzuan Haniff Bin Yussaini,Anak sulung along yus,tahun ni UPSR (31/07/2001).dan cucu sulung lelaki dalam Family Yus..Kesayangan bonda..Dia masa kecik-kecik pun bonda jaga...Masa along nak ambil dia balik,yus punya rindu dekat dia,sampai baju-baju dia tu yus bawa tidur,kalau along call,mesti yus menangis,sebab rindukan dia,,Tapi dah besar selalu kena marah dengan makshu kan..Ucu marah sebab sayang dekat abang.."Abang belajar betul-betul..jangan nakal-nakal,dengar cakap ibu dengan abah".Kalau abang dengar cakap ibu abah,nenek ucu semua,apa abang minta insha allah kami akan tunaikan..Ucu sayang abang..


7 ) Ni anak angah yus yang last sekali,Adik pada si syazwani dan syazwina..Nama dia Syaza Aina Azri Bt Yusri..umur dah 11 tahun.(17/11/2002).Panggil dia "Jaja" je..Dia pun pengikut setia yus kalau nak pergi mana-mana..dia tak suka meminta-minta..Rajin membantu yus..Cayang Adik..


8 ) Anak kedua Along yus,Izzian Humaira Bt Yussaini..Umur dah 10tahun (28/03/2003).Suka bercerita macam-macam kat Ucu..bukan mengadu tapi bercerita ye..seorang kakak yang garang tapi rajin..cyg kakak..'Belajar betul-betul ye cayang'



Penutup ; Ucu with Anak-Anak Buah Tersayang..Ucu kelihatan tak comel disitu..

Untuk semua anak buah ucu..Ucu cayang korang..Ingat jasa Ucu masa korang kecik-kecik..hahahaha..

1 ulasan:

Syazwani Yusri berkata...

awesome.. lah ucu.. terbaik :)

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea