Jantung Hati Maksu Pieza

03 Mei 2013

Resign!!!

Dicatat oleh ucupiza di Jumaat, Mei 03, 2013
Reaksi: 
Assalamualaikum dan salam pagi jumaat =).

Dah jumaat nie,esok dah cuti.
Mulalah membuat plan apa nak buat esok pagi,rasanya memang duduk rumah sahaja..menemani bonda dan ingin mengemas itu halaman rumah..

Tahu tak Eon Credit,atau dengan senang fahamnya,kalau kita beli motor atau kereta,dan kita tak bayar moto atau kereta tu tiap-tiap bulan,adalah Ajen tu akan call kita..
Dan masa urusan menandatangani surat,mereka akan suruh letak nombor telefon untuk rujukan,dan staff  dekat sini ada letak nombor telefon tempat mereka bekerja..Kalau mereka tak bayar ke,memang confirmlah mereka akan call direct terus ke Office kan..
Dahlah Ahkak ni receptionist,memang kerja ahkak jawab call jelah kan..

Kekadang nak marah juga bila orang eon ni sentiasa call dari semasa ke semasa,dari hari ke hari,tiap-tiap jam pula tu,rasa stress tu..
Kekadang nak cakap dengan si polan ni,kejap lagi nak cakap dengan si polan lain pula..
Kita dah cakap,mereka-mereka ni tiada di office..Macam staff dekat sini ada yang kena Offshore,
Bila kita cakap dengan orang eon tu,mereka naik offshore,tengoklah dalam satu jam lagi mereka call tanya tentang orang yang sama juga.
Diorang akan call sampailah mereka puas hati.

Perkara macamtu menganggu kerja kami dekat sini,
Kalau kita dah cakap orangnya dah tak kerja sini atau pergi offshore,atau ada kerja luar,orang eon tetap tak faham..
Lepastu dah menimbun mereka tinggalkan pesanan dan nombor telefon suruh return call balik..tak kuasa Ahkak nak layan ye..

Kekadang bila eon call,macam nak marah mereka balik,
Tapi sifat kesabaran tu masih ada..
Eon..Eon..Eon..
Tolonglah berhenti menganggu kami..
Cuba direct call mereka yang berhutang dengan anda..


Kejap lagi ahkak resign kalau ada eon call lagi..


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea