Jantung Hati Maksu Pieza

14 Mei 2013

SAYANG.

Dicatat oleh ucupiza di Selasa, Mei 14, 2013
Reaksi: 
Assalamualaikum semua..

Baru nak update blog ni telah sekian lama mendiamkan diri ini..
Entah kenapa sikap M tu terlebih dalam badan ni..
Nak update dekat office,line internet so slow sangat,dan kerja yang tidak akan pernah habis..

Dah lama tak cerita pasal my sayang ni kan..
Wafiq sekarang dah setahun 4bulan,dah semakin lasak,biasalah budak lelaki kan..
Sekarang dah pandai nak ikut sesiapa sahaja yang nak keluar..siapa keluar,tunggulah lepastu dia menangis minta keluar rumah..minta diangkat..
Dan apabila sampai rumah bonda dia ,first ayat yang keluar dari mulutnya,"Jijah..Jijah..Jijah"nak tahu siapakah Jijah yang dimaksudkan itu??Jijah tu yus lah..disebabkan tak pandai nak panggil "Makshu" dapatlah panggilan "Jijah"..Jijah pun Jijah lah..janji pandai panggil "Makshu" ni ye..

Dekat halaman rumah yus ada sepohon buah ceri yang lebat..petang-petang kalau panas dalam rumah,kitaorang akan duduklah dekat bawah pokok ceri tu,redup je,..dan my sayang ni akan sibuk sebut "buah..buah..buah..".
Suka sangat makan buah ceri tu..
Bila ajak ajak masuk rumah,dah taknak,menangislah lagi..
Sampaikan ada satu malam tu,dia pergi dekat nenda dia,dia usik tahi lalat bonda atas hidung,dia sebut "buah..buah..buah"..sudahlah gelak besar bonda dibuatnya..
Dan hobi terbaru dia,kalau pergi dapur mesti dia akan keluarkan segala-segala barang,periuk-periuk,bawang-bawang tu,dan siap senduk-senduk lagi..
Konon nak memasaklah tu..Lelaki tu main masak-masak..Kalau perempuan takpelah juga main pondok-pondok,ni lelaki..dah besar jangan main pondok-pondok ye sayang..
Dan paling suka aktiviti buka  membuka penutup botol dan minyak..
Dan kalau mandi,lepas mandi tak sah jika ditangan tiada sudip dan apa-apa barang..mesti adanyalah..


Sekarang suka sangat mengigit sesiapa sahaja..
Tapi dia akan manja-manja dulu dengan orang tu..
Dalam manja-manja tu,dia akan gigit sampai puas hati..
Nasiblah..Ni "Jijah" lah selalu kena..

Seronok sangat dengan keletah yang mencuit hati kami sekeluarga..






2 ulasan:

Nory Zoulkefle berkata...

ololo...comell nama jijah tu...heheh

ucupiza berkata...

sis Nory : aah..apa yang sedap disebut kat mulut dia je.

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea