Jantung Hati Maksu Pieza

04 Jun 2013

Bonda.

Dicatat oleh ucupiza di Selasa, Jun 04, 2013
Reaksi: 
Assalamualaikum.
Dipetang yang mendung ni,dikala ini baru terdetik mahu mengupdate cerita.

Bertarikh 29/05/2013 (Rabu),kami sekeluarga menghantar bonda dan adik beradik bonda ke KLIA untuk menunaikan umrah..
Tahun ni bonda merasa lagi menjejakkan kaki ke tanah suci dan Rumah Allah,tapi tahun ni bonda pergi dengan adik beradiknya,bukan semua adik beradiknya yang pergi,cuma 3orang sahaja termasuk bonda.
Pergi kesemuanya 4orang,sorang tu pak cik yus punya isteri.
Kami semua bertolak dari kampung dalam pukul 8.00am,selesai je azan dilaungkan oleh Along,kami pun bergerak,sampai KLIA dalam pukul 9.45am.

Jadual berlepas bonda dalam pukul 3.00pm,tapi kami sengaja datang awal,disebabkan manalah tahu tiba-tiba flight awal kan..sementara tu menunggu rombongan pak cik yus yang pergi umrah dengan bonda,dia gerak dari JASIN.
Setelah semuanya berkumpul,sementara menunggu Agen Juara Travel menguruskan bagasi dan visa..
Dalam pukul 12.00pm bonda ada taklimat dari Agen Juara Travel...Habis taklimat dalam pukul 12.30pm

Selesai taklimat,tibalah masanya untuk bonda bergerak,tapi bukan naik aeroplane lagi,bonda kena stay dekat bawah,solat-solat,makan-makan,dan dalam pukul 3.00pm baru berlepas.
Acara paling sedih,salam bonda dan semua yang pergi menunaikan umrah,melepaskan bonda adalah sangat susah bagi yus,yus dengan bonda memang jarang berenggang,kata nak bongsu kan..memang jarang berpisah..Nak melepaskan bonda pergi tu,macam berat je..Walaupun hanya untuk 12 hari sahaja.
Ya Allah hanya yang maha mengetahui macamana perasaan tu...

Harap permudahkan urusan bonda dan adik beradiknya..Harap Bonda diberi kesihatan yang baik.
Tak sabar nak tunggu bonda balik 10/06/2013.


kiri-Bonda,kanan-Mak sedara (m.umi)



dari kiri : M.Umi,Bonda,Pak Mat,dan Mami Fauziah.






Semoga semuanya sihat-sihat..



Bonda....Rindunya kat Bonda.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea