Jantung Hati Maksu Pieza

27 Julai 2013

Bonda-Checkup Mata.

Dicatat oleh ucupiza di Sabtu, Julai 27, 2013
Reaksi: 
Assalamualaikum =)

Selamat berhujung minggu semua,Persiapan raya macamana???Kuih Raya??Baju Raya??
Harinie dah 2hari bertungkus lumus dengan kakak-kakak tersayang serta anak-anak buah yang tersayang yang banyak membantu di dapur..Syabas
Walaupun semalam bekerja kerana Melaka tidak ambil cuti Nuzul Al-Quran.,Start dari semalam lagi kakak yang tersayang dah berhempas pulas di dapur menyiapkan biskut@kuih raya..
Harini turn yus pula membantu apa yang patut..
Bauan kuih yang sedap,menusuk ke lubang hidung terus ke anak tekak..

Hari isnin lepas,yus bawa bonda ada appoitment dengan doktor pakar Mata,Bonda ada diabetes,bonda ada penyakit diabetes ni semenjak mengandungkan yus,kekadang bila tengok bonda cucuk insulin,serta merta perasaan serba salah tu ada,"akulah penyebab utama bonda kena diabetes"perasaan sebak tetiba je..
dan disebabkan bonda dirujuk ke Pakar Mata kerana ingin mengesan sama ada keadaan mata bonda ok ke tidak..Kalau tak bonda kena rujuk ke Hospital Besar Melaka,tapi Arwah ayah ialah pesara tentera,kalau pesara tentera kan ada kadnya..Jadinya lebih mudah dan dekat bonda rujuk di Hospital Kem Terendak sahaja.Lagipun dekat.
Pukul 8.00am dah terpacak depan pintu Hospital tu,Amboi ramainya tak usah cakap la...
Banyak prosedur yang kena hadapinya..
Lepas Check Mata,
Kena Ambil tekanann darah dan paras gula,
Masuk Bilik Check Mata macam dekat kedai Spek Mata tu..test bacaan dan warna.
Nama kena panggil jumpa doktor,doktor nak periksa mata,
Masa dalam bilik doktor kena titik ubat apa entah,
Bila keluar je bilik doktor,kena titik lagi dua jenis ubat.kesian sangat tengok bonda..
Kena tunggu lagi doktor panggil,sementara tu,nurse-nurse dekat situ check lagi mata bonda.
Masa yang ditunggu,Bonda kena panggil lagi dengan doktor dan doktor suruh yus masuk sekali..
Dalam hati dah Cuak,kenapa dengan mata bonda..

Doktor suruh bonda kawal paras gula tu,
Yus terangkan dekat doktor,"Ibu saya memang kawal diabetesnya,dalam bulan puasa ni,jika ibu cucuk insulin pada bahagian malam sebelum tidur,macam keesokkanya ibu puasa macam biasa,tapi dalam pukul 2.00PM hingga ke nak berbuka,badan ibu dah mengiggil dan macam mahu pitam"
"Tapi balasan dari doktor,sepatutnya bulan puasa lagilah ibu awak boleh kawal diabetesnya"
Series kekadang kesian tengok bonda,kalau tak boleh makan ni,makan tu...
Bonda sahur makan nasi sedikit je..
Berbuka memang bonda tak makan nasi,kekadang nak hilangkan gigil badan tu,bonda banyakkan makan kurma sahaja...

Macamana nak kurangkan diabetes bonda ni..
Sebab mata bonda ada masalah sedikit,kalau nak laser kena kurangkan paras gula tu..

Harap bonda cergas seperti dahulu..







0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea