Jantung Hati Maksu Pieza

21 Ogos 2013

Failed Masak....

Dicatat oleh ucupiza di Rabu, Ogos 21, 2013
Reaksi: 
Assalamualaikum semua =)

Yeayyyy semalam cuti emergency,kemain suka lagi..
Semalam kena ambil emergency leave disebabkan bonda tak sihat,dan memerlukan rawatan di hospital,

Harusnya kerja-kerja bonda telah diambil alih oleh Yus,pagi-pagi dah siap kemas-kemas,
Call hospital untuk buat temujanji baru,temujanji yang sepatutnya adalah 23/09/13,tapi bonda dah sakit sangat,dan doktor pesan kalau terasa sakit,call je hospital buat temujanji baru..
Lepas settle dan temujanji ditentukan,marilah kita kelentang-kelentung di dapur..

Bonda tak boleh makan makanan yang keras-keras,jadinya bubur jelah..
Disebabkan dah lama tak masak bubur,asyik bonda je buatkan bubur bila tak sihat,
Bak kata bonda,bila orang turun dapur tu,jangan sibuk tengok TV lah,lari duduk depan lah,bila disuruh masak,mencebik tak tentu hala..Dasar pemalas kan..hahahaha..
Semalam kenalah masak bubur,itu je yang boleh bonda makan..
Tapi sementara nak menunggu nak ke hospital tu,merajinkanlah diri mengopek kulit udang,siang-siang apa yang patut..
Plan balik dari hospital nak masaklah..

Masa tengah masakkan bubur tu,bonda terasa lapar..nak makan sebelum pergi ke hospital..
Kelam kabutlah.macamana ni,bubur belum masak lagi,maksudnya dia tak pekat likat lagilah,macam ada air-air lagi....hidangkan dekat bonda..sekali bonda cakap,ini bukan bubur,ini nasi..
Tulah lain kali orang buat bubur,tengok orang masak..belajar lagi buat bubur ni..
terus sentap.terus nak menangis pun ada..Balik dari hospital baru panaskan dan campurkan lagi air dalam bubur bonda...
Masak bubur pun dah Failed..

Pagi tadi sebelum nak pergi kerja,buatkan bonda bubur lagi..
Berkat kena marah dengan bonda,Alhamdulillah bubur menjadi..yeayyyyyyyyyyy..
Dah boleh kawin,*gatal*..baru pandai masak bubur nak kawin..hahahaha.

Lepas ni nak merajinkan diri nak research resepi-resepi ni..




0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea