Jantung Hati Maksu Pieza

16 Ogos 2013

Raya Oh Raya.

Dicatat oleh ucupiza di Jumaat, Ogos 16, 2013
Reaksi: 
Bila bukak blog,tengok semua update pasal raya-raya ni,ini tidak boleh jadi,gigihkan diri untuk update juga tentang raya kami.

Tahun ni,semua adik beradik ada berkumpul di pagi raya pertama,sebab turn abang-abang dan akak-akak raya disini,cuma kak ndak je tak dapat beraya bersama kami kerana beraya bersama keluarga suami beliau,tapi telah berjanji selepas sembahnyang raya kak ndak dan suaminya akan terpacak di teratak bonda..
Memang meriah tahun ni..

Pagi raya tahun ni alhamdulillah cuaca tersangatlah cantik...lepas menziarahi kubur arwah ayah,datuk dan nenek kami,maka bermulalah pagi tu terjah rumah nenek sedara kami,memang tiap-tiap tahun lepas je menziarahi kubur kami akan bergegas ke rumah nenek sedara dan rumah adik bonda..lepastu cepat-cepat berkejaran balik rumah untuk berebut solat raya pula.Jika lambat memang solat di atas jalan raya la..

Tema tahun ni,kami adik beradik perempuan akan berbincang nak tema apa tiap-tiap tahun,
Mulanya semua bersepakat nak pakai tema warna hijau,sebab tengok cantik je hijau tu,lagi-lagi hijau pucuk pisang..Apabila kata sepakat dtemui,kami akan bagitahu abang-abang supaya mencari baju hijau..
Excited semuanya cari kain pasang warna hijau..
Tapi bila bonda baru balik umrah bulan lepas,bonda telah membelikan semua anak-anaknya dan cucu-cucu serta menantunya sehelai jubah,kecuali yang lelaki belilah sendiri iye..untung kami yang perempuan ni..
Kata sepakat yang ingin memakai tema hijau telah berubah..Kita tukar Raya ni pakai Jubah saja lah..
Adik beradik perempuan semua setuju,disebabkan kain pasang tak hantar tailor lagi,dan tailor taknak terima lagi..Tak payah pikir nak cari baju apa..Jubah je.sarung sahaja.
Tapi family along telah membeli jubah hijau kerana mereka tak tahu plan kami adik beradik ni..Maaf Along..


Bagi tak mahu menghampakan along,kami plan,pakai jubah dan semua tudung warna hijau,disitu adalah juga tema hijau kan,Sekali ambik,ada yang pakai tudung warna-warni tak mengikut tema..takpelah kan,janji jubah hitam...

Geng single available..


Family Along


Family angah

Family k.lang.



Family Kak chik..


Family Ndak Kekna..baby dalam perut tu..




Last sekali gambar :....


My Lovely Anak buah..semuanya 13 orang,dalam gambar ada 12 orang je,sorang dah lari..Insyaallah tahun depan tambah lagi sorang anak buah..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea