Jantung Hati Maksu Pieza

06 September 2013

Jumpa Buah Hati Pengarang Jantung.

Dicatat oleh ucupiza di Jumaat, September 06, 2013
Reaksi: 





Assalamualaikum..

cerita kalau diperam-peramkan memang akan begini..
Haritu 01/09/13 (Ahad),Plan ke kota seriemas,mahu jumpa buah hati pengarang jantung yus ni,yaitu si Amani..
Amani ni adalah salah seorang anak murid yang yus jaga transit masa kerja di tadika@taska nilai tahun 2010..Masa tahun 2010 tu umurnya baru 4tahun,sekarang dah 2013 darjah satu sudah dia..
Lepas je berhenti tadika dulu,yus terus stay melaka dengan keluarga.
Rindu sangat si amani ni,dulu-dulu tiap-tiap hari rasa nak call je amani ni..

Tapi tahun berganti tahun,kalau teringat amani je,direct call mama amani boleh nak cakap dengan amani,
Dah banyak kali mama amani ni jemput datang rumah,tapi yus tiada transport nak pergi kesana..
Tapi Alhamdulillah tahun ni dapat juga jejakkan kaki ni dirumah amani,Kota Seriemas,Nilai..
Nasib baik Ada BFF yang sanggup temankan..Terima kasih Hafsah dan Tunangnya..

Gerakknya petang sebab kawan yus, Hafsah tu ada masalah sedikit dan tak dapat dielakkan...
Dalam pukul 3.30pm baru nak bergerak ke Nilai ni,Masa tu cuaca macam nak hujan je,
Tak berapa minit kami bergerak,hujan pun turun,Rahmat dariNya..Alhamdulillah..
Bagitahu Mama Amani ni dah last-last minute,Nasib baik mereka ada dirumah..
Mama Amani sent Alamat,sebab yus tak pernah lagi jejakkan kaki ke rumah Amani ni..
Alhamdulillah dengan bantuan tunang si Hafsah ni,sebab dia je tahu selok belok jalan nilai,Yus memang dah lama tak jejakkan kaki di nilai,memang tak tahulah..
Dengan keadaan hujan dan jammed sahaja di mana-mana.Pukul 7.30pm baru sampai rumah amani..senang je nak cari rumahnya..

Masuk je rumah tu,cari Amani dulu,tengok amani tengah main IPAD,Mama dia tanya,kenal tak teacher ni,berkerut-kerut kening dia nak ingat sapa yus ni,Dia cakap"Amani lupalah,sebab dah lama tak tengok teacher,dengar suara je"..Mama dia ceritalah,"Masa amani masuk hospital dulu,teacher nilah yang temankan amani"Amani tak ingat ke"..??dia still cakap lupa..Takpelah kan.

Rezeki kami,mama amani masakkan Spagethi Carbonara lagi tu,Borak-borak dengan amani,pandang muka dia,dah lainnya..dah cantik dan comel dah sekarang..Keletahnya mencuit hati je..tak habis-habis bercakap macam-macam..Rindunya dekat Amani ni..
Part yang tak disangka,Masa yus tengah nak ambil wudhu dekat bilik air,amani dekat atas dengan mamanya,sekali dia turun dia cari yus dekat bilik air..Dia teriak Teacher Yus,Teacher Yus,Teacher Yus,Masa tu yus tengah solat,dia cakap "Amani ingatkan teacher yus dalam bilik Air lagi..heheheh".
Masa nak balik tu,dia orang pertama cium tangan yus,nak salam...Tak sabar nak jumpa amani lagi..

Rindu rasanya dengan anak murid yang dulu-dulu..Insyaallah ada masa nak jumpa anak murid yang lain..



Masa tengah makan.







Sayang Amani,terima kasih pada Mama Dan Papa Amani,dapat kami jumpa Amani..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea