Jantung Hati Maksu Pieza

25 September 2013

Orang Melaka Je Paham.

Dicatat oleh ucupiza di Rabu, September 25, 2013
Reaksi: 
# Bahasa Orang Melaka ... org melaka jea pham . hehe 1. Kensal : Tuala 2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni” 3. Kahau : Cakap kasar 4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu) See….sebut betul-betul GODAK. Pandai…. 5. Lahabau (Lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati). 6. Berboko, barah, cekik : Makan 7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane……..Yele………Ikut suka hati ko le……… 8. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya :ular jadi ulau, keluar jadi keluau,pasar jadi pasau). 9. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku) 10. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik) 11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman. 12. Membongkah : kuat makan ( Asyik kerja membongkah jer.Mana ler perut tak naik) 13. Gobok : Almari 14. Membongkang : tidur yang amat lena. 15. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataanBenar @ Benau . 16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau) 17. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas. 18. Handau: Kalah @ tewas @ lemah 19. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu” Contohnya : “antu” Munah duk mane? 20. Lopak : Pencil box 21. Beledi : Baldi 22. Lemari : Almari 23. Lebang : Pemalas ~ Memang nampak kasar tapi sebenarnya orang Melaka semua baik2.
Kami Anak MELAKA.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea