Jantung Hati Maksu Pieza

27 November 2013

Percutian di Langkawi (Part 2)

Dicatat oleh ucupiza di Rabu, November 27, 2013
Reaksi: 
Sambungan cerita dari part 1,klik sini Percutian di Langkawi (Part 1).

17/11/13 (Ahad) hari kedua di Langkawi, Setelah merehatkan badan dimalam hari,
Pagi tu lepas je breakfast,kami diminta berkumpul di lobi untuk meneruskan percutian kami ini,
Tapi pagi tu yus dengan my SIL dah merayau dekat belakang motel,nak tengok pantai cenang,cantiknya pantai tu...Rasa tenang je,hilang semua stress,dan dengar deruan ombak..

Aktiviti hari ni ialah akan dapat merasai naik cable car..
Tapi sebelum ke cable car, kami singgah sebentar di Bakery Tun Dr Mahathir,
Menurut tourist guide kami,roti yang dibuat tidak menggunakan yis atau serbuk roti pun,tapi roti dia boleh naik dengan gebu dan sedap je.
Memang betul,roti dia lembut je,sedap dan gebu..Singgah sekejap je sebab nak ke cable car.

Dalam perjalanan nak ke cable car,tourist guide ada bercerita tentang gunung-gunung yang ada di langkawi,
Nanti yus akan cerita tentang gunug-gunung ni.

Cable Car :
Pengalaman pertama,perasaan teruja,perasaan macam-macam ada bila tengok cable car tu tinggi sangat,takut pun ada,cuak pun ada..tapi cool kan diri je..
Alhamdulillah cuaca sangat baik,kalau hujan memang tak dapatlah naik cable car ni,
Janganlah pergi masa cuti sekolah,memang penat korang berdiri nak tunggu turn korang naik cable car ni, naik lenguh juga lah kaki ni,Dan yang paling tak suka,Bila je naik nak beratur,ada photographer nak ambil gambar,kita taknak,tapi dia macam paksa-paksa..orang taknak ambil gambar sudahlah..
Bila dah sampai nak naik cable car,wow seronoknya!!.
Bila dah sampai je station ke 2,sejuk dia kemain lagi,macam-macam pemandangan di langkawi dapat tengok,telinga pun jadi tak dengar kan..Dekat station 2 tu ada gerai,amboi harganya kemain mahal lagi..nak keluarkan duit pun takut...Kabus jangan cakaplah,kemain tebal lagi,tu yang sejuk..
Perjalanan diteruskan menuju ke Sky Bridge.














Sky Bridge :
My SIL ajak lalui sky bridge,Apa itu Sky Bridge?? Sky Bridge yang berada di stesen 2 pusat kereta kabel,langkawi..Dan ia adalah jambatan gantung dekat atas gunung..Bila dah sampai ke Sky bridge,tengok macam tutup je..Baru nak merasai lalu jambatan tu.
Tanya di Kaunter,jika ada coach sahaja dibenarkan masuk..tiada rezeki nak lalui..

Kemudian perjalanan diteruskan,kami singgah sebentar menunaikan solat zohor dan makan tengahari,dan menyambung perjalanan ke kilang gamat...Tengok cara penghasilan gamat,dan borong minyak gamat dan minyak angin...

Aktiviti diteruskan ke tempat menghabiskan duit poket..

RAMS
 Dekat sini nak beli pemanggang ajaib untuk family,pemanggang ajaib ni kena pandai pilih,sebab dia ada macam-macam jenis,disebabkan bajet pun biasa-biasa je,dapatlah jumpa pemanggang ajaib yang bersesuaian dengan bajet.

HAJI ISMAIL GROUP (HGI)
Kompleks tersebut mengandungi hotel,pusat perniagaan dan sebagainya.Disini memang yus borong coklat habis-habisan,sampai rasa macam tak cukup je lagi..

PUSAT IDAMAN SURI
Membangunkan kompleks perniagaanya sendiri.Sama-sama gagah dan hebat..
Yus tak masuk pun sebab dah penat seharian berjalan.

Dan kemudian masa untuk rehatkan diri di bilik..tapi datang lagi nafsu nak membeli coklat dan beg hasil rembatan di langkawi,Balik biilik packing barang,sebab keesokannya nak bertolak balik Melaka.


telaga tujuh.

Nantkan entri terakhir di langkawi.

1 ulasan:

Nory Zoulkefle berkata...

akak tak pernah sampai langkawi lagi...bila arr nak jejak kaki ke sana...hehe

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea