Jantung Hati Maksu Pieza

16 Januari 2014

Drama Aku Ada Wali.

Dicatat oleh ucupiza di Khamis, Januari 16, 2014
Reaksi: 
 

 
 

Drama bersiri Aku Ada Wali akan memulakan penyiaran mulai 14 Januari 2014 di Tv AlHijrah. Berbeza mengikut trend kini yang mengadaptasi Novel kepada drama, drama sebanyak 13 episod ditayangkan terlebih dahulu sebelum novelnya dikeluarkan di pasaran. Penulis novelnya ialah Fatimah Syarha Mohd. Noordin yang juga seorang penulis novel Seindah Mawar Berduri. Drama ini menampilkan beberapa pelakon tersohor seperti Siti Saleha dan Zahiril Adzim. Menarik juga boleh diperhatikan melalui drama ini, dimana lokasi pengambaran dilakukan diluar negara iaitu Seoul dan Busan. Pengarah drama ini ialah Aidilfitri Mohamed Yunos. 

Tajuk : Aku Ada Wali
Masa : Setiap Selasa pukul 10 malam.
Episod : 13 episod
Tarikh : 14 Januari 2014
Saluran : TV Alhijrah
Pelakon : Siti Saleha, Shawal Ruslan, Aida Jebat, Zahiril Adzim, Zoey Rahman, Sabhi Sadhi, Kathy Azian, Puteri Chi Chi
Pengarah: Aidil Fitri Mohamed Yunos
Penerbit: Tsar Asia Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif: Wan Sariah & Aidil Fitri MY


SINOPSIS AKU ADA WALI


Aku Ada Wali berkisarkan mengenai cara mengurus cinta yang tiba belum pada masanya. Ia juga berkisarkan mengenai persahabatan dan kekeluargaan. Seorang gadis yang baik dalam persahabatan sentiasa membimbing, menyelesaikan masalah dan mengambil berat perihal kawan. Rakan-rakan bukan Muslim juga sangat menyenanginya.
Gadis yang dimaksudkan ialah Khazinatul Asrar yang juga pemimpin pelajar yang rutinnya sangat sibuk dengan pelajaran, program persatuan, usrah dan sukan. Dia meletakkan prioriti di alam kampus untuk fokus mencintai Allah. Cinta Agung itu menjadi sumber penggerak untuknya bermotivasi tinggi mencintai ilmu, menggilap kepimpinan diri dan memimpin warga kampus.
Dia menjadi kegilaan rakan sekelasnya, Tsabit kacukan Libya-Melayu yang mencuba memikatnya dengan pelbagai taktik. Namun Khazinatul Asrar berjaya menolaknya. Dia juga disukai seorang pelajar perubatan, Mukhlisin. Jejaka ini menggunakan Hijriah, rakan sebilik Khazinatul Asrar untuk menghantar nota misteri kepadanya.
Bagaimanapun, Khazinatul Asrar tidak memberi peluang kepada lelaki itu untuk berkawan dengannya. Asraf, keluarga angkat gadis ini pula sering menghantar surat dari Turki tetapi sampai ke tangan Hijriah. Surat itu dibalas Hijiriah kerana dia tidak mahu sesiapa menjadi penghalang antara Khazinatul Asrar dengan Mukhlisin.
Khazinatul Asrar juga diuji dengan tingkah laku Hijriah, namun tanpa rasa jemu dan bosan, dia membimbing Hijriah supaya kembali ke pangkal jalan.

1 ulasan:

Nory Zoulkefle berkata...

macam menarik je cerita ni, nak tengok lah nanti...

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea