Jantung Hati Maksu Pieza

10 Februari 2014

Kursus Pra Perkhawinan.

Dicatat oleh ucupiza di Isnin, Februari 10, 2014
Reaksi: 
Assalamualaikum =)

Tajuk kemain tak menghagak kan,kursus khawin,amboi dengar je kursus khawin,separuh orang dok tanya hang dah nak kahwin ka...memang kalau pergi kurusu Pra Perkhawinan ni orang nak berkhawin sahaja ke??
Tak kan...

Alhamdulillah,Pada 1&2 Februari 2014,Yus dah selamat menjalani kursus Pra Perkhawinan bertempat di Pedoman Khusus Enterprise,Tampin,Negeri Sembilan.

Tidak seperti pasangan lain,yang bawa tunang bersama-sama,rata-rata memang semua berpasang-pasangan,Yus je pergi dengan kawan pejabat..Cemburulah pula hati ni tengok semua datang dengan tunangnye,tapi yus dengan kawan,itu pun kira pasangan juga kan...Sebenarnya ambil kursus khawin ni memang saja-saja suka je..
Yang penting pergi kursus khawin ni bukan semata-mata nak dapatkan sijil ok,
Tapi pasang niat nak menuntut ilmu sebanyak mungkin dalam kursus ni,Agar ia dapat membantu untuk bekalan masa hadapan dan untuk bekalan di alam perkhawinan yang akan ditempuhi satu hari nanti..InshaAllah.

Pada hari pertama kursus,kena menghadap 5 modul ye,baru modul pertama je dah mengantuk,tetapi penceramahnya pandai tarik perhatian kita supaya jangan mengantuk,penceramahnya sempoi-sempoi orangnya..

Pada hari kedua,menghadap 6 modul ye..Ada satu modul je yang tersangatlah mengantuk kami dibuatnya.

Nak review sedikit tentang kursus  ni :

Nama tempat kursus : Pedoman Khusus Enterprise.
No.telefon : 06-4418579
Bayaran : RM80.00
Tempoh Kursus : 2 Hari.
Tajuk Modul :  Akidah ,Ibadah , Akhlak , Hubungan dalam Keluarga , Perkhawinan dan Prosedur
                       Pengurusan Kesihatan ,Pengurusan Sumber Manusia, , Komunikasi Suami Isteri,
                       Komunikasi Suami &Isteri ,Pengurusan Stress dan konflik,perkhidmatan rundingcara,
                       Pembubaran perkhawinan.
Dan dibekalkan dengan buku " Memasuki Gerbang Perkhawinan"

Bila pergi kursus ni banyak mengajar kita tentang memperbaiki diri,muhasabah diri,mendekatkan diri dengan ALLAH dan memperbaiki hubungan sesama manusia.

Itu jelah yang dapat yus ulaskan tentang kursus khawin ni..

Next Step....Doakan...






yeahhhh dah ada sijil Khawin..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea