Jantung Hati Maksu Pieza

17 April 2014

Kehilangan Yang Tersayang.

Dicatat oleh ucupiza di Khamis, April 17, 2014
Reaksi: 


Assalamualaikum.

Semua orang akan  diuji Tuhan,
Semua orang akan merasai kehilangan yang tersayang.
Namun begitu kenangan dengan beliau adalah kekuatan untuk kita terus berdoa untuk beliau..

Pada 04 April 2014, merupakan tarikh serta memori yang terpahat dihati kami anak-anak,adik beradik serta semua ahli keluarga apabila kehilangan orang yang tersayang..Yaitu Pak sedara,adik beradik bonda kami..
Beliau adalah Tahir Bin Ali yang telah menghembuskan nafasnya yang terkahir untuk bertemu sang Pencipta..

Pak cik dimasukkan ke hospital kerana ada masalah dikepalanya,ada sedikit darah beku..
Pak cik ada mengadu dekat bonda,asyik sakit kepala..Bonda ada suruh pergi berbekam,tapi modalnya.
Masa dapat tahu pak cik dimasukkan ke hospital,bonda serta adik beradiknya memang tiap tiap ari datang melawat..Yus pun pernah pergi sekali je..Masa tu keadaan pak cik ok saja..tapi suaranya yang semakin kedalam je bila bercakap,.Pak cik menangis bila tengok adik beradik,anak buah yang datang melawat,dengan keadaannya masa tu..pernah cakap nak balik rumah,Pak cik kena duduk hospital sampai pakar mengesahkan apa sebenarnya penyakit pak cik..


Photo: Ayah hari ke 7 di hptl kem terendak ..
Hari ke-7 di Hospital Kem Terendak..




Dalam seminggu lebih jugalah pak cik di hospital..Dan pak cik ada suruh bonda dan adik beradik bonda bacakan Yassin untuk beliau..

Pada 04/04/14,Masa yus tengah kerja,bonda telefon menyatakan yang Pak cik dah nazak,bonda minta hantarnya ke hospital untuk tengok keadaan adiknya..Memang bergegas yus minta izin keluar..
Bonda dah call kami adik beradik yang lain..Sampai je rumah,Anak pak cik telefon bagitahu pak cik dalam ICU..Kami pikir mungkin tadi ada silap kot..
Tapi bonda nak pergi juga hospital,kami bawa juga bonda dan adik beradik yang lain..
Dalam perjalanan ke hospital,Sekali lagi anak Pak cik telefon bagitahu yang Pak cik dah Tiada..
Ya Allah,makin rasa nak cepat sampai hospital nak menatap wajah pak cik..
Cari ward,Ya allah,memang Pak cik dah tiada,
Merenung wajah pak cik yang macam orang sedang tidur tersenyum..Kucup wajah pak cik,,masih terasa panas mukanya..Terasa begitu pantas sangat pak cik tiada..
Kami menunggu sehingga urusan pak cik selesai..

Urusan pengebumian begitu cepat selesai dilaksanakan.. Pak cik disahkan meninggal pukul 11.00pm di Hospital Kem terendak dan telah selamat dikebumi pukul 5.30pm ditanah perkuburan islam kampung baru..
Masa sesi mencium wajah pak cik kali terakhir,sebak hati ini hanya Allah yang tahu..
Wajahnya yang bersih,wangi,berserban....

Al-Fatihah buat Pak cik Tahir Bin Ali..Semoga rohnya dicucuri rahmat,dan berada dikalangan para solehin..
Amin..Rindunya dekat Pak cik..



1 ulasan:

Lyaa Suriany berkata...

takziah dear.

semoga pak cik di tempat kan di kalangan org yg beriman
amin

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea