Jantung Hati Maksu Pieza

18 Jun 2014

ANAK BONGSU.

Dicatat oleh ucupiza di Rabu, Jun 18, 2014
Reaksi: 
Assalamualaikum....

Dah lama tak membebel dekat blog ni...
Dah nak masuk bulan ramadhan dah..

Apabila dah lama tak membebel ni,jari macam kaku je nak menaip,asyik tekan backspace je..lepastu taip balik,sudahnya sampai harini baru nak menaip balik..

Tetiba update nak kongsi serba sedikit tentang anak "Bongsu" ni..Dalam istilah Dewan Bahasa dan Pustaka "Bongsu" adaah termuda,terkecil paling sesuai penghabisan dalam keluarga.

Kalau masa sekolah dulu. tak kiralah sekolah rendah atau menengah atau bekerja dan dikalangan sedara mara akan berkata,"Ko anak bongsu ke??mesti manja kan"...untunglah kan..kalau kau nak apa-apa mesti senang dapat kan??..
Dan yus akan jawab,tak semua anak bongsu ni manja,mengada-ngada..tengok orang juga..

Pengalaman anak bongsu ni :

Adik-beradik yus semuanya 7 orang (3 lelaki dan 4 perempuan)..Dan sudah semestinya yus anak bongsu..
Keluarga yus amat mementingkan elemen adab-adab berkeluarga ni,Dan janganlah sesuka hati yang si bongsu ni nak panggil akak dan abang dekat rumah tu dengan panggilan "Aku,Kau",memang mendapatlah dengan bonda..bonda iolss garang dan tegas tetapi penyayang...Ada sesetengah adik beradiklah kan,dia akan panggil "Aku Kau " je..mungkin mereka selesa agaknya..Panggilan masing-masing berbeza..
Adik bongsu kenalah hormat akak abang..

Topik Manja dan Berdikari

Ada orang cakap anak bongsu ni manja dan tak pandai berdikari..yeke??Pandai je berdikari rasanya...
Macam dulu dapat kerja dekat nilai,mereka macam susah nak lepaskan,Boleh ke adik dia ni berdikari kan..Alhamdulillah dapat berdikari juga...
Dan tak semua anak bongsu tak pandai berdikari tau....

Manja :
Kekadang tengok sesetengah anak bongsu terlalu manja kan...kekadang melampau manja pun adakan...
Manja bertempatlah kan ...
Tapi yang bongsu ni selalu mendapat perhatian adik beradik kan...Dan anak bongsu jugalah selalu kena buli dengan adik beradik..dah kata bongsu segala perintah kena ikut...
tapi janganlah membawa manja anda tu ke tempat kerja...sungguh tak sesuai ok..nanti orang meluat pula..


Tugas Anak Bongsu.

Bila dah menjangkau usia dewasa ni..tugas anak bongsu adalah menjadi peneman kepada bonda,menjadi tempat bonda meluahkan perasaan,kekadang yang bongsu meluahkan perasaan kat bonda..
Menjadi penghibur bonda...suka bergurau dengan bonda..dan menjadi orang paling busy apabila ada majlis...dan paling bonda suka ajak bergaduh manja...
Dan anak bongsu adalah orang yang paling bertabah ok..


Pada anak bongsu diluar sana,Yus salute lah....
Tak semua anak bongsu tergolong perangai  manja dan tak pandai berdikari...
TQ :::







0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea