Jantung Hati Maksu Pieza

26 Jun 2014

Proton Saga Vs Myvi.

Dicatat oleh ucupiza di Khamis, Jun 26, 2014
Reaksi: 
Assalamualaikum semua =)

Kereta???
Ada ape dengan kereta,..
Dari zaman kerja dulu memang teringin nak beli kereta ni..kumpul punya kumpul,bila dah tiba masanya,
discuss dengan family,dan ambil dari pendapat dan pandangan mereka,mereka kata tak payah dulu dikk..
Kereta ni kalau nak guna kena pikir panjang,yela masa tu gaji sikit sangat kan,mungkin itu yang family dok risau..karang tak terbayar..ok kita hold dulu..


Tapi ?

4tahun bekerja,gaji pun Alhamdulillah,dah boleh nak keluarkan kereta ni..
Memandangkan yus sorang je yang bertitle single available,yang lain dah kahwin..
Yus lah yang selalu teman mak pergi pasar, pergi beli barang dapur,pergi hantar mak ke klinik dan hospital..
Bukan cakap adik beradik yang dah kahwin tak boleh buat tu semua,tapi kita yang single ni memahami orang dah berkahwin kan..
Mak pun lebih pilih adik yang single ni kan..Adik beradik yang dah kahwin jangan jeles ok...sebab iolss selalu dating dengan bonda...disamping tu bonda bagi upah..hahahaha.

Maka berbincang dengan bonda,nak beli kereta..
Bonda pun iyekan je..
Sebelum-sebelum ni pinjam kereta abang-abang..
Tapi iolss kan segan orangnye..
Lagipun bila dah ada kereta sendiri ni,nak pergi mana dengan bonda rasa selesa..

Makanya gigihlah minta tolong Abang ipar carikan Proton Saga..Tapi bila tanya kawan-kawan dan family,ada bagi penjelasan yang kurang baik apabila beli kereta proton ni..
Dengar banyak keburukan dari kebaikannya..
Memang suka sangat dengan kereta yang bonet besar ni,sebab senang nak muatkan barang-barang,
Family suka travel,so tiada masalah jika ada bonet besar..
Keluasannya pun selesa,besar..tak sempit..
Warna dia cantik-cantik..
Rasa macam sopan je bawa Proton saga ni..
Selesa boleh bawa Anak buah yang semakin membesar tu..
Tapi macam cepat rosak ke??bergantung pada pemakai lah kan..
Banyak keburukan je..Jadinya cancel la si saga...
Saga ok ke tak ok ni??







Pilihan kedua :

MYVI..

Pilihan kedua tau myvi ni..Kedua...
Apabila Proton di cancel..
Kita ambillah Perodua ye..
Minggu lepas pergi perodua dengan abang ngah..
Sebab abang ngah tau pasal kereta ni..
Iolss kan adik yang manja..semua nak abang buatkan..
Jadinya sebelum nak pergi perodua buat temujanji dulu,kata nak bincang pasal myvi ni..
Kebetulan kawan abang ngah kerja situ..
Perodua memang sibuk kan..
Tengok promoter sales dia tak tentu arah..
Lepas bincang-bincang, apa dokumen yang dia nak..
Harganya berapa..
Decide ambil Myvi 1.3 standard je..
Myvi mahal kan..berbanding Saga...
Ohhh My Saga..terlepas..

Dokumen yang diminta dekat kita :

1) Salinan IC
2) Salinan Lesen Memandu
3) Slip Gaji- Bagi Production-6bulan, Bagi Office-3bulan sahaja.
4) Salinan KWSP.

Bagi Gerantor :

1) Salinan IC
2)Salinan Lesen Memandu\
3) Slip Gaji-3bulan.

Memang nak settlekan dokumen secepat yang mungkin,
Masa ni rasa ohhhh susahnya...nak pergi kaunter KWSP,orang tak pernah buat tu semua,selalu abang dan ahkak buatkan..tetapi sentiasa ditemani bonda..love uuuu bonda..

Gerantor/Penjamin

Mula-mula bonda sebagai gerantor,tapi macam bonda tak kerja,bonda dapat pencen arwah ayah,kalau kita nak guna pencen arwah ayah,kita kena pergi bank untuk minta penyata pencen arwah ayah..
Bila pergi bank,bank hanya akan dapat bagi 2bulan sahaja penyata pencen,kalau nak 3 bulan kena pergi HQ ..tak nakk...



Bincang dengan abang long,abang long kata ok..boleh jadi penjamin..tapi ingat bayar tau..
kitakan adik yang baik taknak suruh abang long jadi gerantor sebab fikir abang long dah berkeluarga,mesti banyak comitment kan..takut macam-macam abang long nak bayar..
Tapi abang long setuju..Alhamdulillah..

Sekarang tengah tunggu pihak Bank call je..
Moga dipermudahkan segalanya...

Tapi tak suka myvi sebab bonet kecikk..
Boleh letak barang sikit je..
Tak suka myvi..
tak luas macam saga kan..

I Love Saga juga..




Ohh MyVi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea