Jantung Hati Maksu Pieza

29 September 2014

Review Movie Nasi Tangas @Nasi Kangkang.

Dicatat oleh ucupiza di Isnin, September 29, 2014
Reaksi: 


 Dah lama rasanya tak melayan movie kat cinema ni, kebetulan sabtu haritu kazen dari seremban nak turun melaka ,dan disamping kazen lain juga cuti kan..Marilah menghabiskan masa dengan The Blood Relation ni..


Lepas je solat zohor,pick up kazen yang lain,dan meneruskan perjalanan ke AEON Jusco Melaka,lebih selesa tengok movie kat sana..
Sampai je terus ke tingkat atas dan tengok movie apa yang available dan paling cepat ditayangkan..Hasil siasatan cerita paling cepat adalah "Nasi Tangas"..Ditayangkan pada 05.50PM
Sementara tunggu movie tu,marilah kita makan dan menunaikan apa yang patut..


Dari hasilnya juga, Nasi tangas adalah merupakan sejenis ilmu hitam yang digunakan oleh para wanita untuk menundukkan suaminya. Dan tentulah ia menyalahai syariat islam.,,

Dan nasi tangas adalah nasi yang baru dimasak dan ia diletakkan di celah kangkang perempuan yang datang haid,dan beberapa minit mantera akan dibaca serta darah yang mengalir dan menitik di nasi tersebut,.Selepas itu makanan itu akan disediakan pada suaminya..

Kesan sampingan apabila suaminya makan hasil hidangan itu,suaminya mengikut sahaja kehendak isteriya,kelakuannya seperti orang yang bodoh...Ada pula scene yang menjijikan..jangan muntah masa tu..uwekkkkk...

Bagi golongan wanita disana,jauhkan dan jangalah sesekali terjebak benda khurafat macam ni..
Ada pelbagai cara nak memikat hati suami kan...kan..kan,,



Sinopsis cerita ni..Di sini






0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea